Cerita penting disebalik isu lembu Shahrizat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 10, 2011

Cerita penting disebalik isu lembu Shahrizat


Malaysiakini melaporkan:
Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC). - Mkini.
Berita ni lah sebenarnya intipati terpenting isu lembu ni.
   
Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno memang sepatutnya menang kerusi pilihanraya, mana boleh selamnya nak bergantung kepada kerusi senator. Jawatan senator cuma boleh dipegang selama 2 penggal saja iaitu 3 tahun untuk satu penggal. Maknanya kalau Shahrizat tak menang PRU13 dan Umno BN masih pegang kuasa, Ketua Wanita Umno ni dah tak boleh jadi menteri dan tentu punya riwayat hidup dia sebagai Ketua Wanita Umno pun tak akan panjang.
 
Jadinya, sesuatu harus dibuat dan cara paling mudah dan pasti untuk menang pilihanraya adalah dengan cara adalah tambah pengundi pos selain dari tambah pengundi hantu.

Puak-puak PKR terutamanya penyokong Nurul Izzah tentu tak sedap hati dengan perkembangan tu, kot mana pun depa kena cari jalan untuk pastikan Shahrizat tak boleh menang di kerusi Lembah Pantai tempat Nurul Izzah.

Pasai tu lah PKR begitu bersungguh-sungguh mainkan isu ni. Kalau nak ikut salah, memang secara moralnya pun awal-awal lagi memang salah bila kerajaan bagi projek NFC tu kepada syarikat suami dan anak Shahrizat.

Bila ada yang selidik, rupanya isu NFC ni bukan saja melibatkan isu moral tapi jugak banyak benda-benda lain yang sangat meragukan.

Daripada 'isu tempatan', isu Shahrizat dengan lembu ni dah naik pangkat jadi isu nasional pasai nampak jelas macam ujud penyelewengan wang rakyat yang sangat besar.

Di pihak Umno pulak, Noh Omar terpaksa pertahankan Shahrizat pasai pasai Shahrizat adalah seorang menteri dan yang lebih utama adalah ketua Wanita Umno.

Mungkin kut, dengan sungguh-sungguh pertahankan Shahrizat Noh Omar berharap sangat jentera wanita Umno akan bantu dia masa PRU13 nanti.

Macam tu jugak dengan Khairy Jamaluddin yang ambil inisiatif bersungguh-sungguh mempertahankan Shahrizat. Mungkin jentera Pemuda Umno yang tak berapa nak solid dibelakang dia boleh ditampung oleh jentera Wanita Umno.


Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...