Peluang Malaysia untuk muflis menjelang 2020 memang cerah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 02, 2011

Peluang Malaysia untuk muflis menjelang 2020 memang cerah


MalaysianInsider melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan.
   
“Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku,” kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau (gambar) mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi. - TMI.
Kalau tengok cara Najib nak belanja berdasarkan Bajek 2011 yang dibentangkan baru-baru ni, memang tak mustahil Malaysia akan terjebak dengan  perkara-perkara yang Idris Jala tu dan akhirnya akan muflis menjelang 2020.

Kalau pemimpin Pakatan Rakyat yang kata macam tu, mungkin la kita boleh andaikan macam-macam tapi bila Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang aku yakin dilantik ke jawatan tu atas kapasiti dia sebagai ahli ekonomi untuk jadi penasihat ekonomi kepada kabinet, apa lagi yang boleh kita fikirkan.

Kalau biarkan Umno BN terus mentadbir sehingga menjelang 2020, tambah-tambah lagi kalau masih diterajui oleh Najib Rosmah memang kita tak perlu heran kalau memang betul Malaysia jatuh muflis.

Dengan defisit 14 tahun berturut-turut dan hutang negara dah lebih 50% KDNK, apa lagi yang boleh kita harapkan. Rosmah pulak terus berbelanja mewah termasuk yang terbaru katanya belanjakan RM480,000.00 untuk beli mutiara masa teman Najib yang hadir mesyuarat CHOGM di Australia.

Kalau tengok analisa laporan Audit 2010 yang dibentangkan baru-baru ni, lagi la kita risau.

Apa pun, rakyat Malaysia cuma ada 2 pilihan. Samada terus bagi kepercayaan kepada Najib Rosmah dan Umno BN terus memerintah sambil berdoa agas Malaysia tak jatuh muflis ataupun jatuhkan Umno BN pada PRU13 nanti dan berharap pemimpin PR kotakan janji-janji manis manifesto depa tanpa memufliskan negara.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...