Apa sebenarnya soalan PSC kepada SPR dan JPN? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 02, 2011

Apa sebenarnya soalan PSC kepada SPR dan JPN?

Malaysiakini melaporkan:
Jabatan Pendaftaran Negara hari ini dipanggil menghadap jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) untuk pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini.

Pada prosiding hari kedua yang terus dijalankan secara tertutup itu JPN dipercayai disoal mengenai pelbagai isu termasuk dakwaan pemberian Mykad kepada pendatang asing yang kemudiannya didaftarkan sebagai pengundi.
 
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah yang pertama memberi keterangan kepada PSC dan memaklumkan bahawa daftar pengundi diambil dari rekod JPN.

Hari ini, pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusoff dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyambung keterangan mereka selama kira-kira dua jam.

Pengerusi PSC, Maximus Johnity Ongkili, ketika ditanya wartawan di bangunan parlimen memuji SPR kerana kesediaan mereka untuk tampil dengan maklumat yang diperlukan.

"Mesyuarat seterusnya pada 10 November dan kita akan panggil semula SPR dan JPN untuk membincangkan reformasi dalam daftar pemilih dan kelayakan menjadi pengundi,” katanya tanpa mahu menghurai lanjut. - Mkini.
Itu yang dilaporkan. Masalahnya, kita tak pulak dibagitau apa sebenarnya soalan-soalan yang diajukan oleh PSC tu dan apa pulak jawapan yang dibagi oleh SPR dan JPN.

Aku harap sidang PSC tu tak terletak di bawah 'Akta Rahsia Rasmi'.

Agak-agak bila kita boleh tau apa soalan ahli-ahli PSC dan apa pulak jawapan dari SPR dan JPN.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...