Himpunan berita panas Laporan Audit Negara 2010 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Isnin, Oktober 24, 2011

Himpunan berita panas Laporan Audit Negara 2010


Memang panas hati aku baca berita macam ni. Memang CELAKA punya rasuah.
 
Malaysiakini melaporkan:
MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.
 
Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Laporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan: - Mkini.
Turut juga dilaporkan:
Audit: PAC panggil 7 agensi, kementerian
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tujuh agensi dan kementerian untuk siasatan berdasarkan laporan audit yang dikemukakan ke parlimen hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid (kiri) berkata, jawatankuasa itu memutuskan demikian selepas mendengar taklimat oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di bangunan parlimen hari ini.

Kementerian terbabit ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; dan juga Kementerian Pengangkutan.

Turut dipanggil ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Stadium Negara Corporation. - Mkini.
Jom kita tengok macamana harga GILA barang lain yang rakyat kena bayar.
  1. Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  2. El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
  3. Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  4. Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
  5. Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  6. Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
  7. Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  8. Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  9. Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  10. Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  11. Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Patut pun laporan ni dilengah-lengahkan untuk dibentang dalam parlimen. Tu semua takdak sebab lain melainkan RASUAH.

Realitinya RASUAH di Malaysia ni dah tak boleh nak buat apa dah, hampir semua jabatan kerajaan terutama sekali yang melibatkan ringgit dan sen dan juga penguatkuasaan memang berlaku rasuah.

Dah takdak cara lain dah untuk banteras rasuah melainkan kena jatuhkan Umno BN yang menerajui kerajaan pasai disitulah BAPAK kepada RASUAH. Bila Umno BN dah jatuh, barulah gejala rasuah yang celaka tu akan dapat diperangi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

3 ulasan:

  1. cetak banyak2.
    kemudian edarkan.
    supaya lebih ramai rakyat tau.

    BalasPadam
  2. Itulah yang sebaiknya. Dan alangkah baiknya kalau semua orang buat kerja macam tu, cetak dan sebarkan sendiri terutama sekali kepada orang-orang sekeliling kita. Kalau nak harap Ketua Penerangan saja yang buat macam tu mampuih la dia, tu pun kalau dia buat...

    BalasPadam
  3. itu lah baiknya umno/bn memerentah, kata jabatan: kalau kemnterian makan tak kan jabatan tak boleh makan. kementerian kata pula sebab kami makan kerana menteri yang ajar. kah kah kah kah, sorry beb.

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...