PAS lancarkan PERANG untuk pertahan demo jalanan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 23, 2011

PAS lancarkan PERANG untuk pertahan demo jalanan


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.

AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.

Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” tegasnya. - Hrkh.
Akhirnya, keluar jugak kenyataan dari PAS. Memang patut pun benda-benda yang berkait dengan undang-undang ni Hanifa Maidin yang kedepan, sebagai ketua peguam-peguam dalam PAS, memang sesuai Hanifa yang lead.

PAS bukan setakat akan menentang rang undang-undang ni tapi Hanifa dah istiharkan 'PERANG' ke atas undang-undang ni. Aku harap lepas ni, para ahli parlimen PAS tak lagi nampak takut-takut untuk membelasah undang-undang ni.
 
Dalam isu undang-undang baru ni, DAP yang lebih kedepan, mula-mula sekali buat sidang media membelasah undang-undang yang unconstitutional dan bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ni.

Malaysiakini melaporkan:
DAP kecewa dengan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang perhimpunan aman yang dianggap bertentangan dengan janji perdana menteri untuk memberi lebih kebebasan dalam membuat perhimpunan.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rang undang-undang berkenaan memberi kuasa yang luas kepada polis untuk menahan individu yang menyertai perhimpunan.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat.

Beliau berkata demikian dengan merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

Lim turut mempertikaikan peruntukan undang-undang berkenaan yang melipatgandakan jumlah denda yang boleh dikenakan kepada peserta dan penganjur terlibat. - Mkini
Apa pulak komen PKR? Takkan kut PKR nak sokong undang-undang ni kut... Hahaha...

Kalau pun PR istiharkan PERANG ke atas rang undang-undang ni, aku yakin sangat-sangat Umno BN akan pastikan RUU ni akan diluluskan jugak di parlimen. Cumanya aku harap jangan ada lagi ahli parlimen yang ponteng masa dibuat undi belah bahagi di parlimen nanti.

Apa pun, kalau lepas ni ada yang kena naik mahkamah pasai undang-undang baru ni tentu punya para peguam PAS akan jadi peguam bela 'free of charge'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...