Ibrahim Ali pun yakin dia akan kalah PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 23, 2011

Ibrahim Ali pun yakin dia akan kalah PRU13


Malaysiakini melaporkan:
Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul. Mkini.
Nampak gayanya, Ibrahim Ali, 'raja katak' Malaysia pun dah rasa sangat tak selamat nak hadapi PRU13. Dia pun nampak macam yakin akan kalah kalau dia bertanding di parlimen Pasir Mas.

Pasai tu la dengan muka tak malu dia boleh minta kepada Kementerian Pertahanan buat satu kem tentera di dalam kawasan Parlimen Pasir Mas.

Malah dia sanggup pi lebih jauh lagi, bagitau kedudukan Kem Desa Pahlawan yang ada di Kelantan sekarang ni tak sesuai.

Kem Desa Pahlawan sekarang ni terletak dalam Dun Kok Lanas dalam Parlimen Jeli. Ahli Parlimen Jeli sekarang ni adalah Mustafa Mohamad yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Takkan la Mustafa Muhamad nak biar pulak kem tu dipindahkan dari Jeli. Kalau kem tu pindah, hampir pasti dah dia akan kalah.

Lagi satu yang lebih menariknya, Ibrahim Ali macam yakin Najib akan letak dia sebagai calon Umno di Pasir Mas padahal dia bukannya ahli Umno, sekarang ni pun status dia sebagai Ahli parlimen bebas. Masa PRU12 dulu pun Ibrahim Ali boleh menang pasai bertanding atas tiket PAS.

Takkan kut sebagai Mustafa Mohamad yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan akan benarkan Ibrahim Ali bertanding sebagai calon Umno. Tambah-tambah pulak lepas Ibrahim Ali mempertikaikan kedudukan Kem Desa pahlawan yang selama ni jadi penyambung nyawa Mustafa sebagai ahli parlimen.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...