Malaysiakini melaporkan:
Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).Aku boleh bayangkan macamana perasaan Najib Rosmah kalau terbaca berita tu. Tentu depa sungguh-sungguh panas hati dengan Muhyiddin.
Piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.
Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain". - Mkini.
Sungguh-sungguh depa menggadai keselesaan dengan pi mengerjakan Haji di Mekah dengan tujuan utama untuk menarik sokongan pengundi Islam. Sungguh-sungguh nak tunjuk yang depa tu sebenarnya orang Islam yang taat dengan harapan pengundi Islam akan bagi lagi kepercayaan kepada Umno BN pimpinan Najib masa PRU 13 nanti.
Tiba-tiba mulut Muhyiddin macam longkang buat kenyataan macam tu. Bukan kecik anak punya lancang sampai tahap hampir 1,000 mahasiswa UPSI berani buat demonstrasi pasai marah dengan kenyataan lancang Muhyiddin.
Mungkin gambar kat bawah ni boleh menggambarkan perasaan tak tenang Najib Rosmah di Masjidil Haram mengerjakan Haji.
Agak-agak pasai apa Rosmah Najib perlu dikawal sampai macam tu? Jawapannya di sini... |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis