Berani ka ahli akademik nak akan turun ke jalanraya? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 02, 2011

Berani ka ahli akademik nak akan turun ke jalanraya?


Malaysiakini melaporkan:
Forum yang membincangkan kebebasan akademik di Universiti Malaya malam tadi bertukar menjadi mesyuarat bagi ahli-ahli akademik yang berang dengan apa yang berlaku kepada rakan sekerja mereka, pensyarah undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari menuntut tindakan.

Sambil membidas, apa yang mereka sifatkan sebagai lantikan politik dalam bidang akademik dan cubaan ‘menutup mulut’ mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan, kira-kira 30 ahli akdemik dari universiti awam dan swasta mengemukakan beberapa cadangan.

Ini termasuk supaya berarak di jalan-jalan bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

"Jika kita boleh mendapatkan 1,000 ahli akademik berarak ke Putrajaya, saya rasa kerajaan akan mendengar suara kami," kata felo penyelidik kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Denison Jayasooria yang mendapat ilham berdasarkan perarakan peguam-peguam pada 2007. - Mkini.
Belum pun berjalan piket yang dianjurkan oleh MTUC yang akan dilangsungkan esok, timbul pulak cadangan dari kalangan ahli akedemik untuk turun sama ke jalan raya. Tahniah kepada para ahli akademik yang semakin berani suarakan rasa tak puas hati depa. Makin penin la puak-puak 'si anjibg Umno'.

Memang sepatutnya para ahli akademik menggunakan pentas akademik untuk suarakan pemikiran dan kajian depa tapi dengan puak-puak 'si anjing Umno' kaedah macam tu memang tak berkesan.

Puak-puak tu bukannya faham bahasa forum dan seminar, depa tak dengar pun. Kalau depa dengar pun cuma sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri, buang masa ja.

Memang berbeza kalau digunakan bahasa demonsrtasi jalanan atau bahasa piket. Belum mulakan pun lagi, cuma baru setakat lontaran idea, akan ada SB yang akan dihantar khas untuk buat siasatan pasai tu, tentu punya la.

Apa pun, kalau orang asli pun sanggup turun berarak ke Putrajaya takkan para ahli akademik tak berani. Koman la...

Berkaitan perkembangan piket oleh MTUC, Malaysiakini melaporkan:
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masih perlu mengemukakan permohonan permit kepada polis berhubung cadangan mengadakan piket esok, seperti yang termaktub dalam Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Salleh Mat Rasid berkata walaupun surat yang memaklumkan tujuan serta lokasi piket itu diadakan telah dihantar kepada Ketua Polis Negara, prosedur untuk mengadakan perhimpunan masih perlu dipatuhi.

"Dalam hal ini, Akta Polis masih berkuatkuasa...sebarang perarakan mesti mendapat kelulusan ketua polis daerah masing-masing. Mereka perlu kemukakan permohonan dan kami akan pertimbangkan sama ada ia (boleh) menjejaskan keselamatan awam atau tidak.

"Tak kisahlah mereka nak berhimpun sehingga 100,000 orang sekalipun. Kalau ia tak mudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kami akan luluskan. Kami bukanlah kejam sangat tidak benarkan sebarang perhimpunan diadakan," kata Salleh kepada pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, di ibunegara hari ini. - Mkini.
Ayat "mudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam" tu mesti dibaca sebagai "mudaratkan keselamatan dan ketenteraman Umno BN" baru betul.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...