MalaysianInsider melaporkan:
JOHOR BARU, 27 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan badan induk pekerja itu akan mengisytihrkan perang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) jika Rang Undang-undang Kerja 1955 dipinda di Dewan Negara 12 Disember ini.Satu kenyataan dari wakil Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang memang menggembirakan. Maknanya MTUC akan teruskan dengan piket yang juga boleh dikenali sebagai demonstrasi jalanan.
MTUC sebelum ini membantah pindaan terbaru yang menyediakan peruntukan kontroversial sistem kontraktor bagi tenaga kerja.
Ia telah mengadakan piket pada 3 Oktober lalu di pekarangan Parlimen dan peringkat nasional pada 3 November. Seterusnya, satu perhimpunan di Shah Alam pada 2 Disember ini.
Setiausaha Kewangannya Alias Awang Ibrahim berkata, badan induk itu yang dianggotai 390 kesatuan akan menyokong mana-mana parti politik yang berjanji akan meminda pindaan-pindaan yang dibawa ke atas Akta Kerja sekarang. - TMI.
Kalau dah sekali biasa turun berpiket memang takdak masalah akan turun lagi berpiket. Macam tu jugak, kalau dah biasa sekali terhidu asap
Insyaallah, dengan semakin kerap MTUC buat piket, bakal peserta BERSIH 3.0 akan terus bertambah.
Dengar ceritanya, himpunan BERSIH 3.0 hampir pasti jadi selepas parlimen dibubarkan, kecuali la kalau Umno BN bersetuju terima dan laksanakan semua 8 tuntutan BERSIH 2.0 yang pada aku MUSTAHIL Umno BN akan laksanakan.
Cuma yang aku mushkilnya, sejak bila pulak MTUC boleh hantar perwakilan dalam Kongres Nasional PKR?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis