Lagi bukti SPR jelas SPR beraksi macam 'si anjing Umno' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 28, 2011

Lagi bukti SPR jelas SPR beraksi macam 'si anjing Umno'


Malaysiakini melaporkan:  
Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon (kanan) yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain. - Mkini.
Turut dilaporkan:
"Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?"

Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN.

Sebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi
kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka.

Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112.224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya.

"Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja."

Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya.

Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen.

Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut. - Ibid.
Semua tu adalah angkara kerja CELAKA SPR yang ubah sempadan berdasarkan keputusan PRU1999. Bila depa kalah agak banyak kerusi masa tu, depa buat persempadanan sebegitu rupa pada tahun 2003 dan hasilnya masa PRU2004 Umno BN menang besar, kemenangan paling besar dalam sejarah.

Cuma yang positifnya, SPR sepatutnya buat persempadanan semula tahun ni dan memang sesuai sangat selepas Umno BN kalah lagi banyak masa PRU2008 lepas, tapi Umno BN dah tak boleh buat persempadanan ikut suka depa pasai persempadanan semula tu kena dapat kelulusan 2/3 parlimen. Umno BN dah takdak majoriti 2/3 di parlimen selepas PRU2008 bila berlaku tsunami politik.

Apa pun, persempadanan semula tahun 2003 tu masih lagi akan menguntungkan Umno BN macam yang Uncle Ngoon bagitau tu, cumanya Umno BN dah hilang satu senjata ampuh untuk rampas balik Selangor dan Kedah bila sejata persempadanan semula tak boleh digunakan.

Sebelum ni Harakahdaily ada melaporkan:
TEMERLOH, 1 Ogos: PAS Pahang berpendapat jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, ia bukan setakat menangani isu pengundi hantu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, berkata bahkan juga mesti menentukan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan secara benar mengikut geografi dan demografi sesuatu parlimen.

“Sebagai contoh persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun 2003 menyaksikan Parlimen Pekan merangkumi sebahagian daerah Kuantan iaitu memasukkan Kem Tentera Batu 9 dan Batu 10.

“Perubahan persempadanan tersebut amat tidak munasabah daripada segi geografi dan demografinya. Tetapi hasilnya Najib sendiri yang hanya menang tipis 241 undi pada PRU 1999, menang besar pada PRU 2004,” ujarnya. - Hrkh.
SPR Memang CELAKA!!!

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...