Majlis Peguam bantah undang-undang anti demo jalanan dengan demonstrasi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 27, 2011

Majlis Peguam bantah undang-undang anti demo jalanan dengan demonstrasi


Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Kerajaan harus memastikan segala syarat yang menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat dalam undang-undang mengenai perhimpunan aman diteliti sebaik mungkin dan dipinda atau diperjelaskan.

Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar berkata, langkah itu perlu dalam usaha kerajaan meningkatkan kebebasan mengikut prinsip demokrasi di negara ini.

"Rang undang-undang ini memberi kebebasan kerana sekarang kita tidak perlukan permit tetapi hanya perlu memaklumkan kepada polis. Namun, terdapat juga unsur yang menimbulkan keraguan di kalangan rakyat,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia, di sini hari ini turut menyambut baik pembentangan rang undang-undang itu. - Bernama.
Kut-kut ada yang taktau atau terlupa, Dr. Chandra Muzaffar adalah bekas Timbalan Presiden Keadilan yang tah pasai apa tah keluar dari Keadilan hujung tahun 2001.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Nov: Kerajaan BN digesa menggugurkan Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada persidangan Dewan Rakyat empat hari lalu, bukannya dipinda peruntukan-peruntukan tertentu seperti yang disyorkan oleh sesetengah pihak.

Ahli Jawatankusa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, rang undang-undang itu ternyata bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlu digugurkan.

Katanya, pihaknya tidak boleh menerima sekali-kali rang undang-undang tersebut dan juga tidak boleh menerima sekiranya ia hanya sekadar dipinda bagi peruntukan-peruntukan tertentu.

Berucap pada perhimpunan aman yang disertai sekitar 300 orang di kawasan taman KLCC, di sini, hari ini, beliau menegaskan, pihaknya membantah rang undang-undang tersebut kerana ia ternyata lebih mengekang kebebasan rakyat negara ini untuk berhimpun secara aman. - Hrkh.
Malaysiakini pula melaporkan:
Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.

"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.

"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."

Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen.

Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas. - Mkini.
Dan yang lebih penting lagi, selepas parlimen dibubarkan, perhimpunan BERSIH 3.0 pulak akan dilancarkan, kecuali la kalau semua 8 tuntutan BERSIH 2.0 diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...