Dr. Aziz Bari akan bertanding PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 28, 2011

Dr. Aziz Bari akan bertanding PRU13?


MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 27 Nov — Prof Dr Abdul Aziz Bari yang diselubungi siri kritikan termasuk teguran Sultan Selangor baru-baru ini menegaskan, beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.

Pakar perlembagaan itu menjelaskan, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik.

Sebaliknya, menurut Aziz (gambar), beliau terpaksa menggunakan peluang-peluang diberikan apabila ruang-ruang lain ditutup dan disekat, antara lain ditarik balik jemputan menyampaikan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) minggu lalu pada saat-saat akhir.

“Selain tidak lagi dibenarkan bercakap di atas pentas akademik seperti yang berlaku di KUIS tiga hari lalu saya sebenarnya telah mula ditekan sejak setahun kebelakangan ini.

“Jabatan dan institusi yang dalam orbit Umno-BN tidak lagi menjemput atau membenarkan saya bercakap,” kata Aziz kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas perkembangan semasa membabitkan diri beliau. - TMI.

Aku langsung tak heran kalau Dr. Aziz Bari ni dilobi supaya bertanding dalam PRU13 nanti terutamanya oleh pelobi kuasa dari PKR. Dan memang pun, macam frasa yang populak dalam Umno BN, Dr. Aziz Bari ni memang ada ciri-ciri 'winnable candidate'.

Dr. Aziz Bari dah pun buat kenyataan tak berminat jadi calon pilihanraya, malah masuk parti politik pun dia tak minat.

Jadinya aku harap sangat para pelobi kuasa politik berhenti la melobi Dr. Aziz Bari. Dr. Aziz Bari lebih diperlukan sebagai seorang ahli akademik dari menjadi ahli politik. Kalau Dr. Aziz Bari jadi ahli politik, secara automatik status dia sebagai ahli akademik hilang. Dia tak lagi layak dianggap ahli akademik dan kenyataan dia akan lebih dinilai sebagai kenyataan ahli politik semata-mata.

Lagi satu, aku mengharap orang yang vokal dan berani macam Dr. Aziz Bari dan Dr. Asri Zainal Abidin akan jadi pengkritik utama kepada Pakatan Rakyat kalau betul Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Kalau dah menang nanti, Pakatan Rakyat tentu punya akan dihimpit opportunis yang akan gunakan segala peluang yang ada untuk merebut harta ghanimah yang boleh merubah landasan dan kerja buat Pakatan Rakyat.

Kenyataan dan kritikan dari orang macam Dr. Aziz Bari sangat-sangat diperlukan untuk pastikan Pakatan Rakyat tak tergelincir jauh dari landasann yang sepatutnya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...