Lagi bakal peserta BERSIH 3.0 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 28, 2011

Lagi bakal peserta BERSIH 3.0


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 28 Nov: Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) mewakili lebih daripada 20 Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kaum India merasa terpanggil untuk meneruskan momentum perubahan yang semakin terasa rentetan daripada kejayaan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Menurut sekretariat itu, Barathidasan Saminathan, beberapa tindakan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri dilihat begitu terdesak untuk melaksanakan perubahan demi menjaga survival pemerintahan Barisan Nasional.

“Perkembangan positif ini perlu digunakan sebaik mungkin bagi membolehkan lebih banyak perubahan dilakukan oleh pihak kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, WargaAMAN percaya sekiranya gerakan menuntut pilihanraya bersih dan adil diteruskan dengan pembawaan yang konsisten, peluang untuk 8 tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan adalah sangat besar.

“Oleh itu, WargaAMAN menuntut supaya satu lagi perhimpunan Bersih 3.0 diadakan segera untuk menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya,” katanya. - Hrkh.

Nampaknya semakin ramai yang mula meratibkan BERSIH 3.0. Semakin ramai yang dah sedar kita takdak pilihan yang lebih baik selain dari himpunan BERSIH 3.0.

Memang himpunan BERSIH 3.0 tak mampu selesaikan masalah tapi himpunan tu berupaya untuk buka jalan untuk menyelesaikan banyak massalah yang membelenggu rakyat Malaysia.

Himpunan BERSIH 3.0 sebenarnya akan menggambarkan kuasa rakyat. Pakatan Rakyat dan lain-lain NGO cuma boleh jadi koordinator dan penganjur tapi berjaya atau tak himpunan tu bergantung kepada kemahuan rakyat.

Yang aku mushkilnya, siapa sebenarnya WargaAman ni, tak pernah dengar pun sebelum ni?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...