Cuba matang sikit Shamsul oooiii..... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 28, 2011

Cuba matang sikit Shamsul oooiii.....


Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 28 Nov: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulangi bahawa sayap pemuda itu akan menggerakkan demonstrasi seluruh negara sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul berkata, demonstrasi berkenaan akan digerakkan bermula pada pelancaran jentera Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 4 Disember ini.

“Buat permulaan kita mengadakan ‘warm-up’ di Shah Alam, 4 Disember ini sebelum demo diadakan di seluruh negara sebagai bantahan terhadap fitnah yang ditujukan kepada Anwar,” katanya.

Jumaat lalu, Shamsul menyuarakan amaran berkenaan semasa Kongres Angkatan Muda KEADILAN yang berlangsung di Pulai, Johor.

Ia berikutan Anwar dijangka dijatuhi hukuman dalam masa terdekat, selepas mahkamah bersidang pada 8 Disember bagi mendengar hujah akhir peguam dan pendakwaraya.

Sebab itu, kata Shamsul, Barisan Nasional tergesa-gesa membentangkan Rang Undang Undang (RUU) Perhimpunan Aman bagi menghalang rakyat membantah keputusan memenjarakan Anwar. - KD.
Aku tak pasti sama ada aku patut gelak atau pun mencebik bila baca laporan tu. Mungkin 'hek eleh...' yang paling sesuai kut.

Tapi sebagai orang yang percaya kepada konsep demokrasi aku hormati hasrat Ketua Pemuda Keadilan tu. Ikut suka depa lah nak demo pasai apa pun. Selagi tak berniat nak mencetuskan huru-hara, aku takdak masalah.

Cumanya, aku nak ingatkan satu ja. Aku harap Shamsul Iskandar punya kekuatan dan pengaruh yang cukup untuk kerah semua ahli Angkatan Muda Keadilan untuk turun demo tu. Pasainya aku yakin tak ramai ahli dan penyokong PAS yang akan turun, takut takdak orang pulak nanti buat malu ja...

Apa gila pulak nak buat demo sebelum mahkamah jatuhkan hukuman. Kalau buat demo bantah hukuman mahkamah logik la jugak.

Kesian aku kat Ketua Angkatan Muda Keadilan sorang ni. Tak habih-habih nak duduk bawa ketiak Anwar Ibrahim. Punya la banyak isu lain yang lebih layak Angkatan Muda perjuangkan tak pulak dengar suara Shamsul. Tak habih-habih nak membodek Anwar.

Tunggu la dulu lepas mahkamah jatuhkan hukuman. Kalau betul mahkamah jatuhkan hukuman penjara baru la sesuai nak buat demo membantah pun.

Lagi satu, tolong la jangan buat lawak. Semua orang tau yang tujuan Umno BN buat Undang-undang Perhimpunan Aman tu kesan himpunan BERSIH 2.0 la...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...