Penakut macam presiden PERKASA memang sesuai sokong | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 23, 2011

Penakut macam presiden PERKASA memang sesuai sokong


MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 23 Nov — Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman mendapat reaksi berbeza-beza daripada pertubuhan bukan kerajaan dengan Perkasa menyokong padu akta baru ini atas alasan ia penambahbaikan berbanding peruntukan sedia ada.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Akta Perhimpunan Awam masih memberi kebebasan berhimpun dan tidak menyekat kebebasan untuk berhimpun selagi perhimpunan berjalan secara aman.

“Kerajaan bagus, akta baru ini sebenarnya untuk keselamatan rakyat untuk memastikan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan, malah kerajaan tetap beri peluang untuk rakyat bersuara, cuma bezanya di kawasan-kawasan yang betul, dan dalam keadaan yang selamat dengan kawalan pihak berkuasa,” katanya. - TMI.
Geng penakut macam PERKASA memang patut sokong rang undang-undang ni pasai dengan adanya rang undang-undang ni sekurang-kurangnya dapat selamatkan depa dari malu besar.
   
Bukan maksud aku nak kata Ibrahim Ali tu penakut. Gedebe macam Ibrahim Ali tu takkan penakut pulak. Maksud aku dia takut demo yang dia buat tak dapat sambutan. Kalau setakat 50 orang ja yang turun buat malu ja nak panggil demo jalanan.

Contoh macam masa demo menentang himpunan BERSIH 2.0 hari tu, cakap berdegar-degar konon sampai tahap kata nak tidur kat kawasan Bukit Bintang untuk tunjukkan yang depa sungguh-sungguh nak berdemo, alih-alih boleh ubah tempat demo ke Taman Tasik Titiwangsa, tu pun tak berapa kerat yang berani sua muka.

Lagi berani Khairy yang berani jugak turun dengan geng Patroit dia berdepan degan BERSIH 2.0 walaupun katanya cuma sempat berjalan tak sampai pun 200meter.

Kalau dah ada undang-undang ni tak perlu lagi la Ibrahim Ali cakap besar, lagi pun kalau setakat nak berhimpun dalam stadium takkan ahli PERKASA yang katanya beratus ribu tu tak berani nak turun beramai-ramai.

Cumanya aku kesian kat geng mat rempit yang putera Umno bela selama ni. Kesian kat depa-depa yang selama ni dapat tambah duit poket dengan cara turun berdemo.

Kalau tengok demo kat Penang sebelum-sebelum ni, ada yang kata kebanyakkan muka-muka mat rempit tu jugak yang turun bagi ramai. Tak kira atas nama apa pun, depa kata memang kebanyakkan muka-muka yang sama tu mesti ada punya.

Berapa depa dibayar tak pasti la pulak, tapi kalau pun tak semahal mat bangla yang geng Khairy bayar masa demo Patriot hari tu pun, paling kurang pun lepas la kut untuk isi minyak motor merempit hujung minggu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...