Umno terpaksa kembali guna istilah Islamik? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 29, 2011

Umno terpaksa kembali guna istilah Islamik?


Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU, 28 Nov: Apakah benar Umno mengamalkan pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) dalam amalan Islam, sedangkan dalam banyak keadaan apa yang diperintahkan Allah seperti tidak diendahkan.

Apa yang berlaku sekarang amalan Islam dilakukan mereka secara terpilih di mana meninggal perkara yang bertentangan dengan naluri.

Misalnya pelaksanaan perundangan Islam diketepikan, malah lebih mendukacitakan lagi tidak memberi kerjasama apabila ada pihak lain yang mahu melaksanakannya.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, konsep wasatiyyah dalam Islam berlaku apabila kita mengamalkan Islam sebagaimana diperintahkan oleh Allah Taala.

“Perlu diingatkan amalan yang dilakukan tanpa ada pengurangan atau pun penambahan. Sekiranya ada pengurangan atau penambahan maka itulah yang dikatakan melampau.

”Seperti juga seorang doktor yang menetapkan seseorang pesakit mesti mengambil kadar tertentu dos ubat. Sekiranya pesakit itu mengambil dos kurang atau lebih, ia dikira melanggar peraturan.

“Pesakit perlu mengambil ubat mengikut kadar dos yang telah ditetapkan sebagai ikhtiar bagi menyembuhkan penyakit dihidapi,” katanya di sini.

Begitu juga kata beliau apa yang PAS perjuangkan selama ini iaitu melaksanakan amal makruf nahi mungkar seperti diperintah Allah.

Semalam Biro Penerangan Umno menganjurkan seminar kebangsaan pemahaman Wasatiyyah yang dirasmikan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. - Hrkh.
Masa Dr. Mahathir mula jadi PM dulu, dia mula perkenal selogan yang berbau Islamik "Penerapan Nilai-nilai Islam". Selogan yang lebih kepada nak bagitau rakyat yang Umno BN pun nak jugak kepada Islam. Dan macam PAS jangka masa tu, selogan tu tak lebih dari sekadar selogan.

Bila Paklah ambil alih jawatan PM dari Dr. Mahathir, dia perkenalkan pulak selogak 'Islam Hadhari'. Habis semua benda dikaitkan dengan Hadhari. Kuat jugak penangan selogan Paklah tu sampai tahap Presiden PAS TG Haji Hadi keluarkan satu buku untuk jawab selogan Islam Hadhari.

Bila Najib ambil alih jawatan PM dari Paklah, selogan Islam Hadhari terus tenggelam, seolah-olah selogan tu tak pernah ujud sebelum ni. Najib pulak keluarkan selogan baru, '1Malaysia'. Aku sedikit heran pasai selogan baru tu langsung tak berbau Islamik, dan penangan selogan tu pun tak tara mana. Orang melayu yg perlembagaan kata mesti Islam tak berminat, sambutan orang bukan melayu pun tak hangat.

Mungkin nampak lompong yang ujud, Muhyiddin Yasin melalui Biro Penerangan Umno cuba nak popularkan satu lagi istilah berbau Islamik 'Wasatiyyah'. Nak buat selogan baru tak patut sangat kut pasai Najib dah buat 1Malaysia, cukup la setakat popularkan istilah dulu tengok macamana penerimaan rakyat.

Yang menariknya, istilah tu nampak macan nak perli Najib. Rosmah isteri Najib yang cukup popular dengan cara hidup mewah, lebih terkenal lagi bila timbul isu cincin bernilai 24juta dan beg Birkin bernilai ratusan ribu, realiti cara hidup yang cukup bertentangan dengan konsep Wasatiyyah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...