Padan muka Jamil Khair terpaksa sampai tergeliat lidah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 11, 2011

Padan muka Jamil Khair terpaksa sampai tergeliat lidah


Malaysiakini melaporkan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Beliau menolak sebarang andaian kononnya perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji.

Sebaliknya, kata beliau, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, perdana menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik. - Mkini.   

Juga dilaporkan:  
"Yang dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.

"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau. - Ibid.
Sapa yang sebenarnya silap faham Jamil oooiii...

Orang ramai yang silap faham ka atau Najib tu yang bengap tak faham-faham... hahaha...

Takkan kut dia ingat hantar twitter tu macam hantar surat kot. Ya la dia jauh kat Mekah, mungkin dia agak dalam 2 hari sampai la kut twitter dia tu kat Malaysia... hahaha...

Tapi secara peribadi aku yakin Najib memang buat semua rukun dan wajib haji. Cumanya dia tak berapa nak faham yang mana rukun dan yang mana wajib haji dan bila masa baru boleh bagitau kat orang yang dia dah selesai buat haji.

Yang jadi macam tu bukan apa, dah memang niat dia pi mekah tu pasai nak bagitau kat pengundi di malaysia yang dia pi buat haji. Tu yang tak sabar-sabar nak bagitau kat orang ramai yang dia dah selesai buat haji tu.

Apa pun padan muka Jamil Khair, terpaksa mempertahankan haji Najib walaupun cukup susah macam nak tegakkan benang yang basah. Nak buat macamana, dah Najib angkat jadi menteri yang jaga agama, terpaksa buat jugak kut mana pun.

Isunya sekarang ni, orang percaya ka 'syarah' hang tu???

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...