SERDANG, 3 Okt: Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia atau ringkasnya (Kerabat) mengharapkan pembelaan dari Pakatan Rakyat terhadap bekas anggota tentera yang selama ini didakwa diabaikan oleh kerajaan BN.Takkan setakat tu saja yang Kerabat boleh himpun. Aku takdak maklumat berapa sebenarnya bekas tentera, mungkin beratus ribu orang. Kalau setakat 300 orang atau 500 orang ikut laporan FMT yang hadir program tu pada aku program yang dibuat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Serdang Jaya tu memang gagal.
Hasrat itu disampaikan melalui satu memorandum yang diserahkan presidennya Mohd Nazari Mokhtar kepada pimpinan Pakatan Rakyat pada himpunan kali pertama pertubuhan itu di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Serdang Jaya, di sini malam tadi. (Gambar)
Memorandum mengandungi lapan resolusi berbentuk cadangan itu diserahkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang hadir mewakili Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya sebelum itu, Nazari berkata keadaan bekas anggota tentera ketika ini berada dalam keadaan tidak terbela lebih-lebih lagi mereka yang tidak berpencen.
"Waktu dalam tentera dahulu kita disuruh makan daging tidak halal kita makan, makan daging beruk, ular dan sup kura-kura. Itu biasa bagi kita kerana untuk menjaga keterampilan anggota tentera.
"Tapi apa yang kita dapat," soalnya dihadapan kira-kira 300 hadirin termasuk bekas-bekas anggota serta isteri tentera yang hadir. - Hrkh.
Kalau ikut Portal Persatuan bekas Perajurit Malaysia, depa ada ahli berdaftar seramai 116,874 orang ahli. Yang tak jadi ahli mungkin lebih ramai lagi.
Patutnya Kerabat boleh buat lebih dari itu atau paling kurang pun boleh saingi PBTM dari segi sokongan. Kalau ikut kata member bekas tentera yang aktif dengan PAS, depa bagitau ramai dari kalangan tentera yang tak sokong Umno BN. Kerabat kena betul-betul kuat dan dapat sokongan dari bekas tentera baru la tuntutan depa akan didengar.
Kalau setakat 500 orang ja yang hadir program sepenting tu, sapa nak heran dengan tuntutan 8 perkara yang Kerabat tuntut tu.
Harakahdaily juga melaporkan:
"Kita menyeru dan merayu kepada kerajaan akan datang agar membela dengan mengembalikan keistimewaan kita," katanya.
Antara cadangan yang dikemukakan untuk 100 hari Pakatan Rakyat memerintah adalah seperti berikut:
1. Memperkasa sekretariat Kerabat di bawah kelolaan Kerajaan Pusat dan negeri.
2. Mengambil alih urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LAT) dan syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
3. Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan Rumah Mesra Rakyat.
4. Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat percuma kepada tentera, balu tentera serta tanggungan mereka.
5. Memberikan rebet 5 peratus untuk bayaran air dan eletrik bagi premis tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
6. Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebulan kepada tentera dan bekas tentera serta imbuhan khas RM500 sebulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
7. Dikecualikan dari cukai pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
8. Memberikan peruntukan dana khas dan meranjang Dasar Penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana medan tempur agar kepakaran mereka dapat dikekalkan. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis