Wajarkah Hasan Ali dilepaskan macam tu saja? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 25, 2011

Wajarkah Hasan Ali dilepaskan macam tu saja?

Malaysiakini melaporkan:  
Exco Hal Ehwal Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak akan dikenakan tindakan displin oleh PAS susulan menghadirkan diri dalam Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.
   
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri), berkata Dr Hasan yang juga ahli jawatankuasa parti itu berbuat demikian atas sifat peribadi sebagai "menyokong kesucian Islam".

Katanya, Dr Hasan berhak hadir untuk menyatakan pendirian bersatu menegakkan Islam serta menguatkan akidah, lapor sebuah harian berbahasa Melayu.

"PAS tidak akan mengenakan sebarang tindakan ke atas beliau atau mana-mana ahli parti yang turut serta dalam HIMPUN," beliau dipetik sebagai berkata. - Mkini.
Masalahnya, sebelum ni Harakahdaily ada melaporkan:
SHAH ALAM, 19 Okt: Badan Perhubungan PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan 22 Oktober ini.

Dalam SMS yang dihantar kepada Harakahdaily, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar) memberitahu, arahan tersebut dikeluarkan berikutan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi yang memutuskan bahawa PAS tidak terbabit dalam Himpun. - Hrkh.
Dalam Perlembagaan PAS ada menyebut:
Fasal 16 - Hak-Hak dan Kewajipan Ahli (3) Kewajipan-kewajipan ahli (b) Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus. - Perlembagaan PAS.
Kalau ikut Fasal 16 (3) (c) tu Dr. Hasan Ali dah buat kesalahan, tak ikut arahan PAS Selangor supaya tak hadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) tu.

Lagi satu yang aku mushkilnya bila digunakan alasan "berbuat demikian atas sifat peribadi". Takkan semudah tu. Tak kira la dia bertindak tu atas kapasiti apa pun, ramai orang yang tetap tengok Dr. Hasan  sebagai Adun dari PAS, Exco pulak tu. Yang jelasnya tindakan Dr. Hasan tu menyusahkan PAS dan mengujudkan persepsi negatif.

Memang tepat macam yang Dr. Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor kata macam dilaporkan:
"Cuma impak kepada ahli, saya tidak dapat menapis setiap tanggapan ahli PAS terhadap beliau," - Ibid.
MalaysianInsider sebelum ni melaporkan:
Meskipun Himpunan Sejuta Umat (Himpun) gagal mengumpulkan 100,000 hadirin yang disasarkan tetapi ia berjaya menyatupadukan Muslim segenap lapisan masyarakat, dakwa pertubuhan bukan kerajaan membela hak Melayu Perkasa hari ini.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, baginya kempen semalam adalah sesuatu berjaya kerana membawa bersama pemimpin Umno dan PAS.

“Bagi saya ia satu kejayaan. Salah satu bahagian yang berjaya ialah ada pemimpin PAS dan Umno di pentas yang sama dan individu lain yang tidak menganggotai mana-mana parti. - TMI.
Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...