KUALA LUMPUR, 25 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 264,404 nama pemilih yang baru mendaftar dan 52,215 permohonan lagi untuk pertukaran alamat pusat mengundi — bilangan terbaru diterima ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil dalam waktu terdekat.Rang Daftar Pemilih Tambahan datang lagi!!!
Mereka akan layak mengundi jika pilihan raya umum diadakan selepas November ini.
Jumlah itu mengalami peningkatan sepanjang setahun lalu.
Permohonan itu diterima sepanjang suku tahun ketiga tahun ini iaitu Julai hingga September lalu.
Kenyataan SPR menyebut mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dengan menyerahkan borang tersebut kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh ia dipamerkan. - TMI.
Aku pun dah naik muak nak tulis pasai rang daftar pemilih ni. Tapi realitinya masih ramai akticis parti yang masih tak faham pasai ni termasuk jugak sebilangan pimpinan PAS sendiri. Banyak kali dah aku tulis kat dalam blog aku ni.
Apa pun, secara ringkasnya aku nak ingatkan, hangpa kena dapatkan senarai rang tu, lepas tu kena agihkan sampai kepada petugas penculaan di lokaliti. kena semak setiap nama, jangan sampai ada 'pengundi hantu' yang terselit. Kalau ada nama-nama yang meragukan tolong jangan malu-malu, jangan segan-segan atau jangan malas-malas nak buat banhatan.
Kerja macam ni memang remeh sikit tapi kesannya mungkin cukup besar kepada keputusan PRU13 nanti.
Dan macam biasa jugak, kerja-kerja berkaitan dengan Rang Daftar Tambahan ni masa dia cukup terhad. Tempoh semakan dan bantahan yang akan bermula hari Khamis ni 27 oktober 2011 akan berakhir hari Khamis depan 4 November 2011.
Kalau PRU13 dibuat hujung tahun ni mungkin termasuk rang kali ni dan mungkin jugak tak termasuk bergantung kepada proses bantahan. Kalau ada bantahan besar kemungkinan tak masuk tapi kalau PRU13 diadakan awal tahun depan, rang daftar tambahan ni tentu akan masuk sekali.
Juga dilaporkan:
Bersama senarai itu, turut akan dipamerkan ialah 42,051 nama pemilih yang rekodnya tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.
Ia juga akan dipamerkan selama seminggu mulai Khamis ini. - Ibid.
Akhir sekali , SELAMAT BERKERJA!!!
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis