KUALA LUMPUR, 24 Okt: Penggantungan tugas terhadap pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari ditarik balik serta-merta hari ini.Macam yang aku tulis sebelum ni, aku yakin UIAM tak berani nak bertindak angkuh. Jadinya memang sesuai la UIAM tarik balik pengantungan tu macam yang reaktor UIAM kata sebelum ni.
Peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman berkata, makluman penarikan balik itu diberitahu unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan petang tadi.
Sehubungan itu juga Aziz Bari diarah melapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang kampus itu esok.
“Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang,” kata Zulqarnain dipetik The Malaysian Insider.
Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.
Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.
“Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya,” kata Zulqarnain.
Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi. - Hrkh.
Mana berani UIAM berani nak bertindak angkuh, pasainya kalau UIAM terus beraksi angkuh dan tak tarik balik penggantungan Dr. Aziz Bari tu, hampir pasti mahasiswa akan terus marah dan mesti punya akan semakin ramai mahasiswa yang berani bangkit. Silap hari bulan, para pensyarah pun akan berani bangkit menentang secara terang-terangan.
Aku ramal UIAM akan buat keputusan Dr. Aziz Bari akan "dilepaskan dari hukuman dengan amaran". Nak hukum tak berapa nak berani pasai takut jadi sebab pulak mahasiswa dan kakitangan IPT bangkit membantah. Nak lepaskan macam tu saja tak berapa nak berani jugak pasai Umno BN tekan. Jadinya yang paling sesuai adalah "dilepaskan dengan amaran".
Betul ka dak ramalan aku kita tunggu keputusan UIAM selanjutnya.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis