Tak ka CELAKA namanya ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 06, 2011

Tak ka CELAKA namanya ni?

Malaysiakini melaporkan:    
Pihak polis telah mengenal pasti anggotanya pada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan penunjuk perasaan itu.
 
Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan.

"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini. - Mkini.

Taktau la sapa yang lebih celaka. Anggota polis yang pakai bandana tu atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur atau Pejabat Peguam Negara ataupun besar kemungkinannya Pejabat Menteri Dalam Negeri dan Pejabat Perdana Menteri jugak.

Langsung tak logik boleh bagi alasan takdak saksi.

Tara kes bunuh tokey kosmetik hari tu kat tengah ladang kelapa sawit pun polis boleh cari saksi takkan la aksi cekala di tengah jalan yang penuh dengan orang macam tu polis tak boleh nak cari saksi.

Punya la ramai yang pi Himpunan Bersih 2.0 tu, yang kena tangkap pun ramai, malah yang kena belasah dengan polis tu pun jelas gambar dia merata-rata dalam blog dan youtube, boleh depa kata takdak saksi. Tak ka CELAKA namamya tu.

Habih-habih takdak pun, anggota polis yang buat kerja sekali dengan polis bandana tu yang tak pakai bandana dan siap ada nama tu takkan tak boleh 'dipaksa' jadi saksi. Kepala bapak apa kalau polis pun tak mau jadi saksi. Kalau dia takmau jadi saksi tentu dia boleh didakwa sebagai bersubahat pulak.

Yang lebih afdal lagi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur tu sendiri yang patut jadi saksi utama kes ni. Takkan dia tak boleh kenalpasti anggota polis yang bertugas di dalam kawasan jajahan takluk kuasa dia.

Sebelum ni Harakahdaily ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 29 Sept: Seramai 57 ahli PAS gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kegagalan mereka berbuat demikian kerana sebahagian daripada polis yang menangkap mereka itu hanya meletakkan nama, tetapi tidak meletakkan nombor keahlian polis pada uniform yang dipakai oleh mereka ketika melakukan tangkapan terhadap orang awam pada hari itu. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Katanya, catatan nama dan nombor polis itu amat penting kerana jika tidak mempunyai catatan itu, tindakan saman tidak boleh dilakukan kerana keperluan itu telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. - Ibid.
Tak ka CELAKA namanya tu?

Takdak jawapan yang paling sesuai untuk hujjah CELAKA macam ni melainkan kita jawab dengan Himpunan BERSIH 3.0 pulak.

Berkaitan



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...