Jawapan JPN ni bagi aku lagi mushkil... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 06, 2011

Jawapan JPN ni bagi aku lagi mushkil...

Bharian melaporkan:  
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kad pengenalan palsu yang kononnya terdapat dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan kerana JPN hanya mengeluarkan kad berkenaan kepada mereka yag benar-benar layak berdasarkan peruntukan perundangan negara.

"Adalah ditegaskan bahawa JPN tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan palsu dan sebaliknya hanya membekalkan rekod sahih saja kepada SPR untuk tujuan semakan identiti daftar pemilih," kata JPN dalam satu kenyataan hari ini. - Bharian.

Aku mushkil sikit, kalau betul JPN tak pernah keluarkan kad pengenalan palsu, apa cerita sebenarnya di Sabah dulu tu. Sampai akhirnaya ada kakitangan Jabatan Pendaftaran negara dan Jabatan Imegresen ditahan di bawah ISA. Kalau betul depa-depa tu ada buat salah pasai apa tak didakwa di mahkamah. Tentu punya depa-depa tu senang-senang boleh didakwa atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.

Persepsinya, depa-depa tu dijadikan kambing hitam, ditahan di bawah ISA supaya nak tunjukkan yang kerajaan ambil tindakan dan dalam masa yang sama isu sebenar disorok dari pengetahuan umum.

Mungkin betul secara rasminya JPN memang tak terlibat, tapi aku yakin JPN dilibatkan secara tak rasmi dan JPN tak boleh senang-senang nak lepas tangan.

Bharian juga melaporkan:
JPN menjelaskan kod negara “71” yang terdapat dalam nombor pengenalan diri digunakan mulai 1990, dan pada masa itu kod khusus bagi setiap negara luar masih belum diwujudkan dengan hanya kod negara 71 diguna pakai bagi semua kelahiran warga Malaysia dan pemastautin tetap Malaysia di luar negara.

"Mulai 2001, kod negara secara khusus bagi pengenalpastian negara kelahiran individu diwujudkan bertujuan membezakan kod kelahiran individu di luar negara," kata JPN, sambil menambah nombor pengenalan diri yang dikeluarkan menggunakan kod negara 71 sebelum ini, adalah sah dan terpakai bagi pemilik sedia ada.

Nombor pengenalan diri 12 digit pada kad pengenalan mula digunakan pada 1990 dan kombinasi antara tarikh lahir, kod negeri/negara tempat lahir serta nombor siri janaan komputer bagi menjadikan nombor tersebut unik dan tiada pertindihan.

Senarai kod negara luar yang dimaksudkan boleh dilayari melalui portal rasmi JPN, www.jpn.gov.my. - Ibid.
Ni pun satu hal jugak. Kalau ikuk jawapan tu, kod 71 tu adalah untuk kelahiran warga Malaysia dan pemastautin tetap Malaysia di luar negara. Jadinya awat pulak warganegara asing yang dapat taraf warganegara pun guna kod sama jugak.

Ish!!! Takkan la pegawai-pegawai JPN masa tu takdak langsung tak terfikir keperluan untuk ada satu kod khusus untuk depa yang diberi taraf warganegara.
Kalau dah terfikir dan dah guna pun kod 71 tu takkan tak terfikir nak ujudkan satu kod khas sekurang-kurangnya untuk depa yang baru diberi taraf warganegara.

Aku sebenarnya langsung tak yakin dengan jawapan JPN ni. Aku harap Dewan Pemuda tolong siasat jawapan ni. Nampak macam tak berapa nak telus. Langsung tak sama macam selogan JPN "AMANAH CEKAP DAN MESRA".

Macamana pulak dengan cerita JPN sewenang-wenangnya bagi taraf warganegara macam yang Pemuda PAS timbulkan baru-baru ni macam yang aku kopipes dalam entry yang bertajuk "Shuhaizam silap bila persoal kelayakan Mismah dapat warganegara." Awat JPN tak jawab sekali isu tu?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...