Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.Sebelum ni jadi dah sekali, kali ni jadi pulak.
Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.
Suasana agak kecoh sebaik loceng dibunyikan apabila ahli parlimen Pakatan yang kelihatan 'terlalu yakin' akan dapat menggagalkan rang undang-undang itu mengejek wakil kerajaan yang mula berlari masuk untuk memenuhkan korum.
Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan diumumkan Pandikar Amin, beberapa anggota pembangkang yang kecewa terus meninggalkan dewan. - Mkini.
Blog Amenoworld ada tulis:
Tahniah. Sebab anda tolong gadaikan kampung baru.Blog Tukartiub pulak tulis:
72 vs 28.
72 = setuju akta
28 = tidak setuju akta
Usul : Menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011
Di bawa : MP PAS = Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai)
Keputusan : GAGAL.
28 menyokong usul pas.
72 membantah.
28 neh orang yang tak tidur. Dia faham sangat kenapa usul neh perlu dibahaskan sekali lagi. - Amenoworld.
NOTA:Takkan depa tak ingat kot yang core business depa adalah sebagai ahli parlimen yang mewakili rakyat kat Dewan Parlimen.
KALAU SEMUA MP PAKATAN RAKYAT BERADA DI PARLIMEN
KAMPONG BARU TIDAK TERGADAI
PAS :
Mahfuz, Salahuddin, Firdaus, Hayati, Che Uda, Dr Mariah, Dr Hatta, Khalid samad, Siti Zailah, Wan Rahim, Muhd Husin, Dr Rosli, Nasir Zakaria
PKR :
Tian Chua, Zuraida, Yusmadi, Azmin Ali, Gwo Burne, Ahmad Kassim, Azan
DAP :
Kula, Lim Lip Eng, Charles Santiago, Sim Tong Him, Manogaran, Er Teck Hua, Fong Po Kuan, Fong Kui lun. Tukartiub.
Yang aku tak puas hatinya, Ahli Parlimen Parit Buntar pun takdak nama dalam senarai Tukartiub tu. Maknanya dia pun tak hadir sama.
Baru ja kelmarin ceramah sekali dengan Salahuddin Ayub kat Markaz Titi Serong. Salahuddin siap kata "Tuan-tuan tak rugi hantar Dr. Mujahid ke Parlimen". Dalam ceramah tu jugak Salahuddin tekankan pasai Akta Kampung Baru tu ditarik balik. Alih-alih jadi macam ni pulak. Nasib baik Salahuddin pun tak ponteng sama.
Nota kaki makan cekam: Kalau nak entertain orang Sabah pun agak-agak la sama. Jangan la sampai jadi macam tu.