Raja yang langgar perlembagaan memang wajar dikritik | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 13, 2011

Raja yang langgar perlembagaan memang wajar dikritik

Malaysiakini melaporkan:  
Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya. - Mkini.  
Aku setuju sangat dengan kenyataan Dr. Aziz Bari tu. Negara Malaysia bukan lagi macam negeri Melaka masa zaman kesultanan Melaka dulu. Masa tu tak pa la pasai masa tu negeri Melaka dan seluruh tanah jajahannya adalah milik mutlak Sultan Melaka.

Semua orang yang tinggal dalam kerajaan Melaka masa tu tertakluk di bawah kuasa Sultan dan memang sesuai pun pasai masa tu semua rakyat sembah sultan sungguh-sungguh, langsung tak boleh menderhaka, kecuali sikit sangat yang berani melawan.

Macam yang dilawakkan oleh P. Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang. Sultan sanggup berjudi dengan mempertaruhkan negeri.

Berbeza dengan zaman ni, sultan yang ada sekarang ni adalah Raja Berpelembagaan. Kuasa sultan atau raja ditentukan oleh perlembagaan dan perlembagaan pulak di kawalselia oleh dewan perundangan yang anggotainya dari kalangan rakyat yang dipilih sebagai Ahli Parlimen dan Adun.

Lagi pulak, rakyat sebagai pembayar cukai tentulah ada hak untuk menilai prestasi sultan pasai dalam bahasa mudahnya, rakyat yang bayar elaun Sultan untuk berkhidmat berdasarkan perlembagaan.

Jadinya, apa masalahnya pulak kalau kritik tindakan sultan yang memang bercanggah dengan perlembagaan. Kecuali la kalau burukkan sultan tanpa asas. Kalau macam tu tak payah nanti sultan, rakyat biasa pun kita tak boleh buat macam tu.

Lagi satu, yang aku herannya, pasai apa sebelum ni masa keluar banner "Kami nak Deris, natang" hari tu, takdak pulak keluar cerita dalam Utusan yang kutuk banner tu. Bila nampak macam menguntungkan Umno BN sibuk pulak utusan nak jadi juara menaghangatkan isu ni.

Malaysiakini juga melaporkan:
“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.

“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.

Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya. - Ibid.

Sumber imej: LensaHP

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...