Bukan itu isunya Tian Chua oooiii... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 12, 2011

Bukan itu isunya Tian Chua oooiii...

Malaysiakini melaporkan:
Selain berkaitan perbekalan atau bajet, Pakatan Rakyat sebagai minoriti dalam parlimen tidak berupaya menolak undang-undang yang dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.
 
Selain daripada undang-undang perbekalan atau bajet, tidak wujud (keadaan) kita sebagai minoriti boleh tolak. (Kita) tidak ada jalan untuk menolak rang undang-undang itu.

"Sebab dalam peraturan parlimen, kalau malam itu dia (BN) tidak cukup bilangan (undi), (mereka) boleh masuk keesokkan hari. Kalau ditolak malam itu, keesokkan hari boleh dibentang semula dan diundi," katanya.

Ahli parlimen Pakatan gagal menyekat rang undang-undang itu apabila undian yang diminta mereka menyaksikan 72 anggota dewan menyokong manakala hanya 28 tidak bersetuju ia dibacakan kali kedua. - Mkini.  
Nak pertahan apanya lagi Tian Chua oooiii... mengaku dah la. Spin macam ni buat orang lagi sakit hati ada la.

Macam yang aku dah ulas sebelum ni kat sini. Memang pun semua orang yang celik politik cara Malaysia sedar realiti tu. Memang pun dari segi bilangan kita memang kalah dan Umno BN akan berjaya jugak untuk luluskan apa saja rang undang-undang yang depa nak.

Masalahnya, kejadian tu bagi imej buruk kepada Pakatan Rakyat. Kejadian tu seolah-olah mengiyakan ahli parlimen PR lebih kurang sama ja macam ahli parlimen BN, dua-dua tak boleh harap, dua-dua tak serius, dua-dua ramai kaki ponteng.

Cuba bayangkan kalau hari tu, usul yang Dr. Hatta bawa tu menang. Tentu moral ahli parlimen PR akan naik dan moral ahli parlimen BN jatuh teruk. Tentu punya penyokong PR akan jadi tambah bersemangat dan penyokong BN akan ada yang hilang semangat. Dan aku yakin tentu punya akan diterjemahkan kepada pertambahan undi sebab kejadian tu walaupun sikit.

Apa salahnya, kalau ahli parlimen Pakatan Rakyat mengaku salah dan janji tak buat lagi lain kali. Apa pun aku harap lepas ni takdak dah ahli parlimen PR yang gatai mulut nak mempertahankan diri lagi. nLebih baik tutup mulut dari pada keluar kenyataan menyakitkan hati macam tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...