PAS dan DAP bersetuju untuk tak bersetuju? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 13, 2011

PAS dan DAP bersetuju untuk tak bersetuju?

Malaysiakini melaporkan:  
Satu mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat Isnin lalu, telah mempertegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang hudud bukan sebahagian daripada dasar kerajaan gabungan tersebut.

Mendedahkan perkara itu hari ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata mesyuarat tersebut telah membincangkan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Mesyuarat itu diadakan pada petang Isnin di ibupejabat DAP.

Dalam mesyuarat itu, tiga dokumen Pakatan - Dasar Kerja Bersama 2009, Buku Jingga 2010 dan kerjasama bersama 28 September - tidak memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam agenda pakatan untuk pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Guan Eng berkata, sebarang perubahan dasar hanya boleh dicapai melalui persepakatan bersama, dengan persetujuan semua ketiga-tiga parti gabungannya. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Dalam mesyuarat itu, katanya, DAP telah menegaskan pendirian konsisten parti itu yang tidak bersetuju dengan undang-undang hudud dan menjelaskan bahawa undang-undang hudud tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Nampak gayanya, PAS masih belum berjaya yakinkan yang undang-undang hudud patut dibenarkan dijalankan di Kelantan. - Ibid.
DAP masih dengan hujjah depa yang berpendapat undang-undang hudud tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Di pihak PAS pula, PAS sangat-sangat setuju dengan pendapat 'pakar perlembagaan' Dr. Aziz Bari yang kata undang-undang hudud langsung tak bercanggah dengan Perlembagaan.

Aku cukup yakin, DAP tolak perlaksanaan hudud pasai depa takut sokongan orang cina akan beralih kalau depa sokong hudud. Depa cukup takut sejarah PRU1999 berulang bila pasai antara sebab orang cina tak sokong DAP pasai DAP dilihat berlembut dalam isu Negara Islam.

Yang menariknya Malaysiakini juga melaporkan:
Mesyuarat itu, tambah Guan Eng, diakhiri dengan DAP dan PAS bersetuju untuk tidak bersetuju berhubung undang-undang hudud. - Ibid.
Menarik pasai keadaan macam ni belum pernah berlaku lagi sebelum ni. Bersetuju untuk tidak bersetuju tapi dalam masa yang sama masih bersatu. Macam dalam gambar kat atas tu, masih boleh senyum dan makan semeja.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...