Parit Buntar : PRU10 menang, PRU11 kalah, PRU12 menang balik, PRU13 kalah balik? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 05, 2011

Parit Buntar : PRU10 menang, PRU11 kalah, PRU12 menang balik, PRU13 kalah balik?

Malaysiakini melaporkan:
BN Perak menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan 'hitam' iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga pengerusi BN Perak berkata sama ada 'hitam' atau 'putih' sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bergantung kepada strategi parti di samping usaha dan kerja keras setiap anggota untuk aktiviti masyarakat di situ.
 
"Sukar katakan kawasan tertentu sebagai 'hitam' sebab ini adalah politik. Kadangkala kawasan yang dianggap 'putih' (peluang cerah untuk menang) boleh bertukar 'hitam' kerana politik adalah sesuatu yang dinamik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan di Ipoh, semalam. - Mkini.  
Aku saja kopipes laporan kata-kata Dr. Zambry ni pasai nak ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan lain, terutama sekali aktivis politik Pakatan Rakyat di Parit Buntar ni.

Sejarah politik Parit Buntar memang mengiyakan kata-kata Dr. Zambry 'eee' Kadir tu. Masa PRU1999 dulu calon PAS, Dr. Hasan Ali menang bergaya dengan majoriti lebih 4ribu selepas lebih 40 tahun tak pernah memang sejak sekali menang masa pilihanraya pertama tahun 1955.

Tapi pada tahun 2004 Dr. Hasan Ali yang jugak calon PAS di Parit Buntar masa tu kalah dengan majoriti lebih 4ribu undi. Macamana dari majoriti lebih 4ribu boleh kalah pulak dengan majoriti lebih 4ribu. Swing undi lebih 2ribu undi tu.

PRU12 tahun 2008 calon PAS Dr. Mujahid boleh menang pulak dengan majoriti lebih besar, 7ribu undi lebih.

Macam tu juga untuk kerusi Dun Titi Serong. Menang tahun 1999 kalah tahun 2004 dan menang pulak tahun 2008.

Adakah sejarah akan berulang dan pilihanraya kali ni dan calon PAS akan kalah balik di kerusi Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong?

Sebenarnya bukan sejarah keputusan yang berulang tapi yang tepatnya adalah sejarah carakerja yang berulang. Bukan setakat cara kerja jentera PAS tapi juga cara kerja jentera Umno.

Untuk PRU1999 PAS Parit Buntar berjaya catat sejarah pasai boleh ubah cara kerja jentera pilihanraya dari bekerja secara 'tradisional' kepada carakerja 'kontemporari'. Kalau sapa terlibat dengan gerakkerja PAS Parit Buntar masa tu memang yakin sangat yang calon PAS akan menang, memang berubah hampir 100%, jentera Umno pun terkejut dengan carakerja jentera PAS masa tu. Sampai tahap depa dah menyerah kalah malam sebelum hari mengundi.

Sejarah gerakkerja PAS PRU2004 pulak memang sangat-sangat berbeza dengan gerakkerja PRU1999. Ramai yang terlibat gerakkerja masa tu merasakan peluang calon PAS untuk menang sangat tipis dan memang pun bila keputusan diumumkan, calon PAS kalah. Kalah 3-0, terbalik dari 'selogan' jentera PAS masa tu, tawan 3-0.

Carakerja jentera untuk PRU2008 pulak memang jauh lebih baik dari PRU2004 walaupun tak sebaik carakerja PRU1999 dan dengan tsunami politik 2008 calon PAS menang bergaya dengan majoriti lebih 7ribu undi.

Isunya sekarang adakah jentera PAS Parit Buntar akan mengulangi sejarah gerakkerja PRU2004 pulak kali ni. Kalau jentera PAS ulang sejarah gerakerja PRU2004 memang tak heran kalau keputusan pun macam PRU2004.

Atau pun jentera PAS nak pecahkan tradisi macam PRU1999, berjaya menang setelah kalah memanjang. Maksud aku, adakah kali ni jentera PAS berjaya pulak mempertahankan kemenangan, satu sejarah yang belum pernah PAS Parit Buntar buat sebelum ni.

Semuanya tu bergantung kepada pilihan jentera PAS Parit Buntar, samada nak pilih untuk ulang sejarah gerakkerja tahun 1999 dan 2008 atau mengulangi sejarah gerakkerja tahun 2004 atau semua PRU sebelum 1999.

Kot-kot ada yang masih tak perasan, jentera Umno memang dah berubah. Depa tak lagi gunakan cara kerja pilihanraya Umno macam PRU sebelum-sebelum ni. Umno kali ni memang sungguh-sungguh buat kerja.

Baru ni masa Dr. Zambry turun Parit Buntar, Umno siap buat program qiamullai di masjid. Dr. Zambry pun dijadualkan tidur di Masjid. Program yang selama ni PAS yang buat tapi Umno tanpa segan silu tiru untuk tarik balik sokongan.

Bukatan takat tu saja, sebelum ni masa bulan puasa, kalau takat buat majlis bukak puasa memang biasa sangat tapi Umno Parit Buntar sampai tahap buat program makan sahur lengkap dengan qiamullai lagi.

Sampai tahap ketua bahagian sendiri sanggup tidur di rumah penyokong depa di cawangan. Bukan di cawangan yang Umno kuat tapi di cawangan dalam kubu PAS.

Berjaya atau tak program-program tu cerita lain tapi yang jelasnya program tu menggambarkan yang Umno Parit Buntar memang bersungguh-sungguh kali ni.

Kalau program tidur di masjid pun depa sanggup buat, cuba bayangkan apa program termasuk 'kerja celaka' yang akan depa buat untuk PRU13 nanti. Dengan kekuatan dana yang depa ada, depa sebenarnya mampu buat apa saja yang boleh dibayar dengan duit dan sememangnya hampir semua kat dunia sekarang ni boleh dibeli dengan duit. Tambah-tambah pulak PRU kali ni akan tentukan hidup mati Umno lepas ni, tentu punya depa akan buat apa saja untuk menang.

Isunya sekarang ni, cukup bersediakah jentera PAS Parit Buntar untuk hadapi kerjabuat Umno BN yang diperkuat dengan jentera kerajaan dan pertolongan pengundi hantu untuk mempertahankan Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong untuk memperlengkapkan 'Roadmap to Putrajaya' dan menawan balik negeri Perak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...