Hangpa ingat di Parit Buntar takdak pengundi hantu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 29, 2011

Hangpa ingat di Parit Buntar takdak pengundi hantu?

Laman PAS Perit Buntar melaporkan:
PARIT BUNTAR, 29 Sept. : Terdapat pengundi dalam senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya di Parit Buntar di kesan sehingga kini mempunyai dua nama sama di tempat yang berbeza.
Perkara tersebut telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Oleh itu, menurutnya, kemungkinan mereka boleh membuang undi lebih daripada sekali.

"di Parit Buntar daftar pemilihnya ada banyak yang namanya sama, nombor kad pengenalan hampir sama, tapi salah satu nama daripada dua nama ini tiada dalam semakan database SPR. "Ini bermakna orang ini, besar kemungkinan mereka boleh mengundi lebih daripada sekali,"jelasnya dalam sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar . - PAS Paritbuntar.

Juga dilaporkan:
Katanya, tujuan beliau mendedahkan perkara tersebut adalah kerana mahu memberikan fakta yang jelas, mengapa tuntutan BERSIH 2.0 adalah relevan.

Beliau berkata, salah satu dari lapan tuntutan BERSIH 2.0 kepada pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah meminta supaya dilakukan pembersihan dalam senarai daftar pemilih yang telah dikeluarkan.

Tambahnya, senarai orang tersebut adalah dikesan dari beberapa lokaliti dalam parlimen Parit Buntar
Sementara itu, Setiausaha Jentera Pilihanraya (JPK) PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, SPR telah membuat penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai pilihanraya sebelum Himpunan Bersih 2.0. SPR telah menyatakan bahawa mereka telah memperkenalkan Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-PPST) di mana identifier pemohon akan dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System).

“ Jika identifier tersebut sama dengan maklumat MyKad, barulah SPR mendaftarkan sebagai permohon tersebut. Jika tidak, SPR tidak akan sesekali mendaftarkan permohonan tersebut.

“ SPR berjanji sistem yang dibina akan menolak sebarang cubaan untuk mendaftarkan permohonan yang tidak sah. Namun, hari ini kami buktikan kelemahan sistem ini.“ katanya

Bahagian Daftar Pemilih JPK PAS Parit Buntar mengemukakan 10 nama yang sama perolehi bersumberkan maklumat SPR . Berikut adalah 10 nama tersebut :

1. KIAH BINTI MAT

2. SARIAH BINTI HAMDAN

3. ROBAYAH BINTI ARIFFIN

4. CHE JAM BINTI DIN

5. MOHD SHARUL BIN SAAD

6. CHE PIAH BINTI DAUD

7. ANUAR BIN SHAPEE

8. MAIMUNAH BINTI MAT

9. FATIMAH BINTI OTHMAN

10. ANUAR BIN AHMAD

“Kami mempunyai senarai yang panjang , namun buat permulaan kami dedahkan 10 nama dahulu. Kami mahu SPR memberi penjelasan segera berhubung pendedahan ini sebelum kami dedahkan senarai yang lain” katanya

Hairul Nizam juga musykil dengan database JPN yang telah ditutup untuk orang awam menyemak.

"Untuk makluman semakan online JPN dah tak boleh pakai.Yang ada sekarang (selepas JPN kemaskini web) cuma untuk orang yang membuat permohonan
MyKad/MyPR/MyKAS yang baru dan ganti sahaja. Ini mungkin tindakan JPN menutup masalah pertindanan daftar pemilih yang turut melibatkan JPN seperti yang dibongkarkan" katanya. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...