KUALA LUMPUR, 5 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat hari ini mengakui Malaysia pernah dijajah.Kesian aku kat 'pakar sejarah' si Zainal Kling yang hari tu sampai tergeliat lidah bagi hujjah kata Tanah Melayu tak pernah dijajah. Kesian dia, cakap dia langsung orang tak pakai. Hari ni akhirnya Muhyiddin sendiri mengakui Malaysia pernah dijajah oleh British.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyatakan pendirian tersebut sekaligus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.
"Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya.
"Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah.
"Kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya.
"Penasihat British pada waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja, dalam konteks ini nasihat yang diberi harus diikut. - Hrkh.
Kesian jugak kat blogger penchachai pandy kutty Umno yang sungguh-sungguh pertahankan hujjah Zainal Kling tu. Apa pulak depa nak bagi hujjah kali ni.
Kesan kenyataan Muhyiddin ni secara tak langsung mengakui polis dan tentera yang berkhidmat masa tu adalah berkhidmat dengan penjajah. Tambah-tambah lagi anggota polis masa tu, depa ni bukan jaga Tanah Melayu untuk rakyat Tanah Melayu tapi depa jaga Tanah Melayu untuk kepentingan penjajah British. Anggota tentera melayu pulak jadi balachi penjajah untuk tangkap pejuang kemerdekaan.
Pasai tu la dalam gambar As-Syahid Tok Janggut yang digantung kaki ke atas dan kepala ke bawah tu, ada gambar polis melayu dengan megah berdiri tegak kat sebelah. Termasuk la jugak polis yang tangkap Mat Indera tu, memang sah-sah depa tu talibarut penjajah.
Aku sebenarnya cukup simpati dengan anak-cucu anggota tentera dan polis yang pernah jadi talibarut penjajah tu. Tapi nak buat macamana, memang sejarah sebenarnya macam tu.
Depa-depa ni tak sepatutnya rasa gundah gulana. Patutnya depa boleh jadikan sirah sebagai contoh macamana anak ketua munafiq di madinah Abdullah bin Ubai bin Salul yang mintak kebenaran dari nabi Muhammad untuk bunuh ayah dia sendiri. Tak pulak Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Salul pertahankan ayah dia padahal dia ada hujjah yang kuat pasai ayah dia Abdullah bin Ubai bin Salul buat masjid.
Harakahdaily juga melaporkan:
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sekali lagi mengulangi cadangannya sebelum ini agar ditubuhkan Panel Jawatankuasa Khas bagi membincangkan kembali sejarah negara.
Ini katanya selaras dengan cadangan yang diambil Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khalid Nordin yang mahukan subjek sejarah di peringkat sekolah dikaji semula setelah didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan bercanggah dengan fakta yang hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya 'Historical Fact and Fiction'.
Syed Naquid mempersoalkan mungkin terdapat beberapa sejarah penting tidak dicatit sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah.
"Perbahasan mengenai sejarah ini menunjukkan kita ada masalah kepada ketepatan fakta sejarah.
"Apa salahnya kerajaan dalam isu sejarah ini termasuk isu Mat Indera dibuat satu panel khas untuk membuat penilaian menyeluruh," katanya. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis