Sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.Juga dilaporkan:
Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.
"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.Kalau ikut mantik Tian Chua dalam isu Ahli Parlimen PR yang ponteng sidang dewan masa undi belah bahagi minggu lepas, tindakan DPP sampai tahap kepung resort tu sia-sia ja.
"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media kemudiannya.
Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort. - Ibid.
Kalau pun DPP berjaya sekat kerja celaka tu semalam, tentu punya puak-puak celaka tu boleh buat semula lain kali.
Silap-silap tindakan DPP nak kepung resot tu pulak boleh dikenakan tindakan pulak pasai DPP mana ada kuasa nak halang orang nak 'berkursus'.
Lagi pulak, apa sangat la kalau takat berjaya halang 200 orang tu, padahal mungkin dah berpuluh ribu yang dah dibagi IC sebelum ni.
Sebelum tu, Malaysiakini ada melaporkan:
Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata seramai 27,293 permohonan taraf kewarganegaraan telah diluluskan sehingga Ogos tahun ini.Yang aku mushkilnya, pasai apa Hishamuddin kata kementerian dia takdak simpan rekod tu. Mungkinkah angka tu tak betul dan Hishamuddin kata macam tu untuk elak dia didakwa berbohong kalau terkeluar bukti yang angka 27,293 tu tak betul?
Jumlah berkenaan meliputi permohonan telah diluluskan sejak tahun 2008, katanya dalam satu jawapan bertulis di parlimen.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang meminta Hishammuddin menyatakan jumlah tersebut mengikut kawasan parlimen.
Dalam jawapannya, Hishammuddin bagaimanapun berkata, rekod berkenaan tidak disimpan oleh kementeriannya. - Mkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis