Hasil ponteng sidang Parlimen | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 07, 2011

Hasil ponteng sidang Parlimen

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 7 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) bersama penduduk Kg. Baru menolak Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 5 Oktober lepas kerana tidak mendapat mandat sepenuhnya dari pemilik dan pewaris tanah di Kampung berkenaan.
 
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilihat begitu terdesak memaksa parlimen meluluskan akta baru itu sebelum pilihan raya ke-13 bagi memastikan pihak kerajaan dapat menguasai tanah-tanah penduduk di kampung berkenaan.

Katanya, walaupun melalui akta itu, status tanah di Kg. Baru bertukar dari tanah poertanian kepada tanah Pusat Bandaraya Komersial (CCC), namun penduduk terikat kepada kuasa pentadbiran pihak perbadanan dan situasinya nanti pasti sama seperti di Putrajaya di mana pemilik tanah tidak boleh melakukan pembangunan sesuka hati.

Malah, ujarnya melalui akta itu pihak perbadanan mempunyai kuasa merampas mana-mana tanah dengan membayar gantirugi yang nilainya ditentukan oleh oleh pihak lembaga yang dilantik oleh menteri.

Menteri secara keseluruhan, tambah beliau mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar terhadap perbadanan yang bakal ditubuhkan.

“Beliaulah yang akan memilih dan melantik ahli-ahli lembaga dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi sebarang keputusan lembaga termasuk dalam pemilihan syarikat kontraktor yang akan melakukan pembangunan di Kg. Baru,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, apa yang paling dirisaukan oleh penduduk adalah bentuk pembangunan yang ingin dijalankan oleh pihak perbadanan kerana sehingga ke hari ini pihak menteri masih gagal memberikan reka bentuk pelan pembangunan sebenar. - Hrkh.
Memanglah dari segi suara dalam Parlimen Umno BN walau macamana pun akan berjaya jugak luluskan rang undang-undang tu tapi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dah mensia-siakan peluang untuk menunjukkan kuasa ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai pembangkang dalam parlimen.

Sekurang-kurangnya kalau usul Dr. Hatta tu diterima dengan undi majoriti, jelas boleh jadi bukti betapa memang benar-benar tak sia-sia rakyat di parit Buntar contohnya, mengundi calon yang akhirnya menang walaupun cuma jadi wakil pembangkang dalam parlimen.

Apa pun, blog Tukartiub ada siarkan surat pembaca dia:
Assalamualaikum sdra2,

Harap dapat sebarkan PS yang dilampirkan.

Bro tt, harap tidak mengalihkan kemarahan Pemilik/Pewaris Kg.Baru kepada Ahli2 Parlimen yg tidak dapat hadir, kebiasaannya semua pembentangan Rang Undang2 dibuat dengan 2 kali bacaan, selepas yg pertama, yg kedua selalunya dibaca hari berikutnya. Jadi ramai juga Ahli2 Parlimen PR yg balik dgn anggapan akan disambung esok,
Saya sendiri telah pergi ke parlimen malam itu dan nampak ramai ahli gerombolan hanya datang & masuk dewan selepas YB2 PR pulang (pukul 9mlm pun ada yg baru datang, siang hari gerombolan tak ramai datang). Jadi saya nampak memang YB2 PR sudah kena serang hendap (AMBUSH).

Harap sdra2 dapat membantu dgn menumpukan serangan keatas Raja Bersiong & Gerombolan. Kami di Kg.Baru tetap akan lawan.

Wassalamualaikum - Tukartiub.
Apa pun alasan, kerja utama dan tanggungjawab utama atau awlawiyat ahli Parlimen adalah menghadiri dan ambil bahadian dalam setiap sidang parlimen. Itu sangat-sangat jelas.

Nota kaki makan cekam:  Psssttt... Dr. Mujahid! Cer cerita pasai apa takdak dalam parlimen semalam masa undi belah bahagi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...