Revolusi Ekoposial 1 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 24, 2011

Revolusi Ekoposial 1

Oleh: MSK

Awal tahun 2008, aku hadir dalam satu forum di Kuala Kangsar dimana ahli panelnya ialah Cikgu Azmi Abdul Hamid dari TERAS dan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.
 
Cikgu Azmi bercakap tentang perangai orang Melayu yang buta dalam segala hal. Pertama, “buta hati” sebab tidak peka dengan perubahan persekitaran, Kedua, sering memerlukan “Cina buta” untuk merealisasikan impian. Dan ketiga “Babi buta” dalam mengikut arahan atau membuat tindakan. Selagi orang Melayu “buta” dalam segala hal, maka perubahan tidak akan berlaku.

Tan Sri Khalid bercakap tentang ekonomi. Biasala..dia bercakap tentang success story dia masa jadi Pengerusi Sime Darby dan PNB.

Dalam sessi dialog, aku bertanya soalan umum kepada kedua-dua depa.

“Reformasi politik tidak akan berlaku tanpa reformasi pemikiran. Reformasi pemikiran tidak akan berlaku tanpa reformasi ekonomi. Dan reformasi ekonomi tidak akan berlaku tanpa reformasi politik”. Sama macam kisah ayam dengan telur. Seperti biasa, kita tanya lain, depa jawab lain. Tu pasai aku dah malas nak pergi majlis forum. Kita tanya pasai ekoposial, depa cerita pasai Anwar. Jadi aku kena cari jawapan itu sendiri.

Aku pun berfikir macam hangpa jugak.Selagi orang Melayu selesa dengan ekonomi depa, walaupun kedudukan ekonomi orang Melayu itu semakin lama semakin rendah, revolusi politik tidak akan berlaku. Apabila tak ada revolusi politik, revolusi pemikiran tidak akan berlaku. Pemikiran orang Melayu akan terus terbonsai, dan kuasa politik sedia ada akan terus bertahan.

Dan aku percaya BN juga berfikir macam yang aku fikir, sebab itu orang Melayu diberi pelbagai bantuan dan subsidi untuk mengekalkan keselesaan depa, supaya tidak berlaku pemberontakan. Malah orang Melayu cukup seronok bila dapat berhutang dengan Amanah Ikhtiar dan PTPTN.

Bila Pakatan naik, pemikiran politik tak juga berubah. Cuma di Pulau Pinang terdapat sedikit perubahan tapi di Kedah..”hangpa buat kerja hangpa macam biasa.”. Di Selangor, masih perkara yang sama dibuat. Tubuh Qardhul Hassan dan MIMBAR, untuk memberi hutang kepada orang Melayu miskin.

Program-program bantuan juga dibuat di Selangor, tetapi idea-idea itu diciplak dari BN. Tidak ada revolusi ekonomi. Aku tak nampak. Tak ada idea-idea revolutionary.

Aku juga berfikir bahawa revolusi pemikiran tidak akan berlaku dikalangan orang Melayu. Orang Melayu lebih gemar menjadi pengguna daripada pengeluar atau pencipta. Orang Melayu lebih gemar menurut perintah daripada memberi perintah.

Aku juga berfikir bahawa orang Melayu akan terus menyokong Umno kerana mereka berfikir bahawa hanya Umnolah yang akan menyelamatkan mereka. Malah kalau Anwar tidak ditendang dari Umno, aku percaya Anwar juga akan terus berkata macam tu.

Tiba-tiba aku terbaca dalam blog Aduka Taruna yang melabelkan Melayu sebagai spesis bangang. Aku suka idea Aduka Taruna walaupun aku tak tau anak muda kurang ajar tu datang dari mana. Sama ada betul atau tidak, yang tu boleh diperdebatkan. Tapi itu idea revolusionari! Selama ini kita didendangkan dengan Melayu sebagai bangsa yang mulia, bangsa yang bermoral dan intelektual. Tiba-tiba ada anak muda yang berani melabelkan bangsanya sebagai spesis bangang. Sekurang-kurangnya, idea Melayu sebagai spesis bangang itu meransang perdebatan. Ia meransang kajian, sekurang-kurangnya untuk membuktikan Aduka salah!

Dan aku rasa Aduka salah. Yang bangang bukan spesis Melayu itu, tetapi ada satu generasi Melayu itu yang bangang. Ini adalah generasi yang tak dapat membezakan sama ada kita pernah dijajah oleh British atupun hanya dilindungi. Ini generasi bangang yang kata kita mendapat kemerdekaan dari British tapi dalam masa yang sama, talibarut penjajah itu dianggap pejuang manakala penentang penjajah itu dikatakan pengkhianat. Sebahagian besar daripada generasi bangang ini terdiri dari kalangan Boomers.

Aku tak mau berdebat, revolusi mana yang perlu dibuat dulu. Revolusi ekonomi…revolusi politik…atau revolusi sosial. Kalau nak bincang perkara ini, sampai kiamat pun tak selesai.Dan aku juga bukan nak ajak hangpa melakukan revolusi…tak kira la revolusi apa pun. Dan aku juga bukan nak memulakan revolusi itu…sebab sebenarnya revolusi itu SEDANG berlaku tanpa disedari.

Lanskap politik negara akan berubah bukan kerana berlakunya revolusi pemikiran atau anjakan paradigm, tetapi kerana berlaku perubahan generasi yang dibantu oleh perubahan alam.

Kita tengok kepada perubahan generasi dulu.

Sejak sekian lama, penduduk Malaysia dikuasai oleh Generasi GI dan Boomers. Ini adalah generasi “Yes”…generasi yang “sedia menurut perintah”. Tidak menghairankan kerana populasi generasi ini cukup ramai kerana ia merangkumi mereka yang lahir dari 1900 hingga 1945 untuk GI dan 1946-1959 untuk Boomers. Terdapat juga rebel dalam Boomers dan GI ini tapi mereka hanyalah minority. Puak “Yes” akan terus menguasai puak “No”.

Itu sebabnya Umno boleh menjadi juara dalam isu kemerdekaan…walaupun mereka adalah talibarut British…sebab mereka terdiri dari puak “Yes..sedia menurut perintah”.

Terdapat sedikit penentangan pada tahun 1969, tetapi cukup senang dipatahkan, kerana puak “No” ini masih lagi minority. Gen X yang paling tua pada tahun tersebut baru berumur 9 tahun.

Umno terus berkuasa sehinggalah berlaku satu lagi penentangan pada tahun 1987. Tengku Razaleigh berperang dengan Mahathir dimana Mahathir menubuhkan Umno Baru dan Razaleigh menubuhkan Semangat 46.

Dalam pilihanraya 1990, Tengku Razaleigh tidak berjaya menewaskan Mahathir. Kesilapan Tengku Razaleigh adalah kerana dia memilih Boomers untuk membantunya termasuk Raja-Raja Melayu. Mahathir bijak kerana dia memilih Anwar sebagai ayam sabung kerana Anwar dilihat sebagai ikon kepada Gen X. Gen X adalah Gen Rebel…Gen “No”. Mahathir diselamatkan oleh ... [Baca selanjutnya di Malaysiatimes.]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...