Polis dihasut oleh Ezam supaya guna akta hasutan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 19, 2011

Polis dihasut oleh Ezam supaya guna akta hasutan?

mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari pada Rabu dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis kerana didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.

Abdul Aziz yang dihubungi megesahkan beliau telah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 10 pagi Rabu.

Beliau turut memaklumkan bahawa dirinya disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor.

“Saya baru sahaja selesai beri keterangan kepada dua pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan Polis (ASP) di IPD Shah Alam. - mStar.
Nasib baik la akta ISA dah masuk senarai akta yang akan dihapuskan, kalau tak tentu punya penchachai Umno BN akan melolong-lolong suruh desak Dr. Aziz Bari ditahan di bawah ISA.

Dan nasib baik jugak akta hasutan ni tak termasuk akta yang nak dimansuhkan, ada la lagi ruang untuk Umno BN sumbat mulut rakyat untuk halang dari bercakap.

Yang aku tak pusahatinya, takkan kut ilmuan yang macam Dr. Aziz Bari pun tak boleh bagi nasihat atau persoal tindakan sultan. Takkan kut kita nak ilmuan dan ahli akademik cuma bercakap dalam bilik kuliah saja kut.

Yang aku mushkilnya, aku langsung tak nampak kenyataan Dr. Aziz Bari tu ada unsur menghasut. Apa yang dia hasut? Sapa yang dia hasut? Takkan kut polis siasat dia di bawah akta hasutan tu pasai dihasut oleh orang berfikir macam Ezam 'senatak' kut.

TheMalaysianInsider sebelum ni ada melaporkan:
Minggu lalu, beberapa pihak membuat laporan ke atas Aziz.

Antaranya, Senator Ezam Mohd Nor menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.

“Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.

“Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini,” kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.

Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya. - TMI.
Lagi satu, akta hasutan ni pun sepatutnya masuk dalam senarai akta yang kena dikaji semula. Kalaupun tak dimansuhkan, akta ni patut di rombak supaya jadi lebih jelas apa ciri-ciri yang boleh masuk dalam kategori hasutan dan tak sewenang-wenangnya digunakan untuk tutup mulut rakyat 'menasihati' pihak berkuasa termasuk institusi istana.

mStar juga melaporkan Dr. Aziz Bari berkata:
“Saya tidak ada masalah jika mereka (polis) nak panggil saya lagi untuk beri kenyataan. Negara kita ada undang-undang, saya ada hak dan pihak polis juga ada tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan,” - Ibid.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...