Ini bukti pentadbiran agama Islam yang cacamerba diperkuda Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 19, 2011

Ini bukti pentadbiran agama Islam yang cacamerba diperkuda Umno

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mempersoal rasional kerajaan mewajibkan imam, bilal dan siak masjid di Kedah dan Pulau Pinang menyertai kursus berunsurkan politik khususnya memburuk-burukkan PAS.

Menurut Firdaus, beliau menerima maklumat daripada beberapa imam, bilal dan siak bahawa mereka diwajibkan hadir ke Kursus Pemantapan Nilai Islam di Institut Pembangunan Desa Infra, Bangi pada 10 hingga 13 Oktober yang lalu.

Namun katanya, mereka terpaksa mendengar ceramah brain wash memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ditayangkan video perhimpunan Bersih 2.0, Jemaah Islam (JI) dan Al-Maunah. - Hrkh
Macam yang aku tulis sebelum ni, pentadbiran agama Islam memang cacamerba di Malaysia ni. Majlis agama Islam lebih disebukkan dengan agenda politik Umno BN daripada menguruskan masalah umat Islam.

Apa rasionalnya kursus imam dan bilal dok cerita pasai politik parti. Puak-puak Umno selalu belasah PAS kata gunakan platform masjid untuk pecah belahkan umat Islam dengan berpolitik kepartian dalam masjid tapi yang sebenarnya Umno BN terus menerus memperkudakan institusi masjid untuk kepentingan politik depa.

Bukan setakat rampas kuasa ahli kareah untuk lantik AJK masjid tapi serah kuasa untuk pilih AJK masjid tu kepada ketua cawangan termasuk yang cuma pi masjid seminggu sekali.

Tu tak masuk lagi soal pemgurusan duit zakat yang terlalu banyak karenah birokrasi dan belanja duit zakat tak ikut awlawiyat. Sibuk nak buat bangunan berjuta-juta sedangkan ada orang Islam yang hidup dalam kesempitan sampai terpaksa terima sumbangan gereja.

Undang-undang hudud jangan cerita la, memanjang keadaan belum sesuai tapi langsung takdak usaha nak ujudkan keadaan yang sesuai untuk perlaksanaan hukum hudud.

Dalam pada tu pulak dengan muka tak malu, sibuk nak tunjuk konon berkuasa dengan anjurkan Himpunan Sejuta Ummat.

Harakahdaily juga melaporkan:
Jamil bagaimanapun tidak menjawab soalan Firdaus mengenai kursus tersebut sebaliknya berkata kerajaan pusat hanya bertanggungjawab terhadap elaun imam dan bilal manakala elaun siak tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri.

Ekoran jawapan itu, Firdaus membangkitkan mengenai kursus melibatkan ketiga-tiganya itu.

"Kalau menteri kata elaun imam dan bilal berbeza dengan elaun siak, kenapa libatkan siak dalam kursus ini?

"Saya ada bukti bergambar, rakaman mengenai apa yang diperkatakan dalam kursus ini," katanya.

Tambahnya, peserta kursus turut diberikan buku berjudul PAS bukan parti Islam. - Ibid.
Sumber imej: MusliminUnited

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...