Tara ni ja alasan PAS bagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 19, 2011

Tara ni ja alasan PAS bagi?

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.
 
"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi. - Hrkh.
Takkan tara tu ja alasan yang PAS boleh bagi untuk tak terlibat dengan himpunan tu.

Aaku tak berapa tau rentetan program ni pasai aku tak begitu mengikuti cerita pasai program tu.

Pasainya, aku tak berapa nak sokong program himpunan ni pasai pada aku program ni tak berapa nak menguntungkan dari segi dakwah. Himpunan tu lebih kepada nak menunjukkan kuasa kita tapi dalam masa yang sama akan lebih menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam.

Pada aku, masalah murtad yang jadi kat Malaysia ni lebih kepada sebab kelemahan pentadbiran pihak berkuasa agama. Sangat-sangat tak patut kita nak salahkan pendakwah agama lain dalam keadaan pihak kita pun masih bercelaru.

Apa pun, pada aku alasan yang PAS bagi tu nampak tak cukup kuat. Aku tak pasti macamana boleh timbul majlis tu "tidak melibatkan parti-parti politik" padahal Malaysiakini sebelum ni ada melaporkan:
Yusri berkata perhimpunan tersebut untuk mendapatkan sokongan semua umat Islam terhadap mereka yang cuba memurtadkan mereka.

"Itu sebabnya kita juga menjemput Pemuda PAS, Pemuda Umno dan Wanita Umno untuk menyertai bersama. Kita juga mengalu-alukan umat Islam daripada semua lapisan hidup untuk hadir, "katanya. - Mkini.
Dan kalau tak silap aku, Pemuda dan Wanita Umno dah setuju untuk turut serta, malah Ketua Pemuda PAS dalam kenyataan 15 perenggan menyokong himpunan tu.

MalaysianInsider sebelum ni melaporkan:
Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan (gambar) berkata, pihaknya akan memberi sokongan sebagaimana diperlihatkan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. - TMI.
Apa pun, aku sokong pendirian PAS tu, tapinya tolong la reka ayat yang lebih mantap dan jitu.

Kat bawah ni aku salin tampal kenyataan penuh Presiden PAS berkenaan himpunan tu.
PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS - Ibid.
Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...