Isu spekulasi penggantian Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mula suam-suam kuku kini dipanaskan kembali dengan desas-desus exco kanan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dikatakan calon pilihan jika berlaku kekosongan jawatan tersebut.Ok jugak kalau PAS terpaksa ganti Ust Azizan dengan Ir Phahrolrazi. Tambah-tambah pulak atas faktor kesihatan.
Walaupun dua lagi exco – Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul – turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi (kiri) yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.
Bahkan, wujud cakap-cakap yang Azizan dikatakan diberi masa untuk terus menjalankan tugasannya sebagai biasa kecuali jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan.
Bagaimanapun, demi kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, PAS tentunya tiada pilihan sekiranya Azizan sakit, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Ini kerana, tugas mempertahankan penguasaannya di negeri itu amat penting bagi PAS yang pertama kali menawan Kedah tiga tahun lalu, selepas mencuba dalam sebelas kali pilihan raya umum sebelumnya.
Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah dan yang dipertua PAS Kuala Kedah dilihat berada dalam kedudukan terbaik bagi mengambil alih teraju pemerintahan negeri berdasarkan hirarkinya itu. - Mkini.
Memang pun mempertahankan Kedah masa PRU nanti sangat penting untuk maruah PAS dan jugak kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Jadinya memang perlu masa tu 'mantan' Menteri Besar seorang yang sihat walafiat untuk menjelajah seluruh Kedah untuk berkempen. Memang la sapa-sapa pun boleh berkempen tapi dah tentu kempen seorang menteri besar akan bagi kesan lebih hebat lagi.
Bila PAS nak tukar Menteri Besar atas alasan kesihatan ni, mau tak mau nama TG Nik Aziz akan timbul sama. Memang diketahui umum yang MB Kelantan tu sejak kebelakangan ni memang tak berapa sihat, memang padan pun dengan umur dia 80 tahun.
Kalau tanya aku, memang dah lama dah aku harap TG Nik Aziz bersara dari jadi MB Kelantan. Aku tau ramai yang marah aku kata macam tu. Tapi memang realitinya macam tu. TG Nik Aziz patut berehat dari jadi MB Kelantan, kesian kat dia. Dah lebih 20 tahun dia jadi MB Kelantan.
Memang la setakat ni takdak lagi yang macam TG Nik Aziz, seorang yang diangkat sebagai Tok Guru yang juga Menteri Besar. Kalau PAS Kelantan nak tunggu Tok Guru macam TG Nik Aziz jugak untuk ganti jadi Menteri Besar sampai kiamat pun tak tentu lagi boleh jumpa.
Di kalangan pemimpin PAS Kelantan bukan takdak pemimpin lain yang boleh jadi Menteri Besar. Takat jadi Menteri Besar ramai yang boleh, yang jadi Exco sekarang ni pun layak jadi Menteri Besar.
Macam tu jugak di Kedah, kalau bukan Ir Phahrolrazi mungkin boleh dilantik Ir Amiruddin. Lain la kalau PAS Pusat nak ulama' macam Ust Taib Azamuddin jadi MB ganti Ust Azizan. Kalau macam tu memang la nak kena tunggu lepas PRU13 pasai dia bukannya Adun. Tu pun kalau PRU13 dia bertanding kerusi Dun
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis... hahaha... haha... ha..