BN pun ada masalah pembahagian kerusi jugak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 10, 2011

BN pun ada masalah pembahagian kerusi jugak

Bernama melaporkan:  
IPOH 10 Sept — Rundingan pengagihan kerusi antara UMNO, Gerakan, MCA dan MIC untuk pilihan raya umum datang perlu diadakan secara tertutup tanpa kehadiran wakil media massa, kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman.

“Sebarang teguran juga perlu dilaksanakan di peringkat dalaman tanpa perlu dibawa kepada pengetahuan orang luar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Adun Sungai Rapat di Batu Gajah, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamidah menasihatkan semua pemimpin UMNO baik di peringkat Pusat, Wanita, Puteri dan Pemuda agar menjaga hubungan dengan baik dan tidak bertindak mengeluarkan kenyataan yang menyentuh kepimpinan dalam sayap parti masing-masing.

Katanya, ini perlu juga dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin lain dari parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan MIC. - Bernama.
Jangan ingat Pakatan rakyat ja yang ada masalah berebut kerusi, BN pun ada masalah macam tu jugak.

Sebelum ni Bernama juga melaporkan:
KLANG, 10 Sept (Bernama) -- MIC sedia untuk bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk G Palanivel.

Beliau berkata parti itu bersedia untuk bertukar mana-mana kerusi jika mempunyai sebab kukuh untuk berbuat demikian dan sekiranya ia boleh membantu BN memenangi kerusi itu.

"Kami tidak akan menyerahkan kerusi milik kami tetapi bersedia untuk berbincang mengenai pertukaran kerusi dengan parti komponen BN yang lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar teknologi maklumat dekat sini Sabtu. - Bernama.
Dalam bab pembahagian kerusi ni sama ja BN atau PR.

Dalam BN, Umno rasa depa yang kuat dan komponen lain lemah dan akan kalah kalau letak calon. Pasai tu ada pemimpin Umno tempatan mintak kerusi yang sebelum ni MIC, MIC atau Gerakan bertanding dan kalah. Tambah-tambah dengan perkembangan terkini, kaum Cina dan india ramai yang semakin ramai tak lagi sokong BN.

Dalam PR pulak, terutama sekali di kerusi yang peratus kaum bercampur yang sebelum ni banyak yang PKR bertanding, DAP pun berminat juga untuk bertanding untuk letak calon melayu. PAS pulak berminat nak letak calon di kerusi yang wakil rakyat dari PKR yang melompat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...