KUALA LUMPUR, 5 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan pertanyaan sinis, beranikah Umno untuk berdebat ‘Siapa Pejuang Kemerdekaan’.Macam ayat yang selalu Mat Sabu guna "Tobat lahum Umno tak berani punya!"
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menulis ringkas pertanyaan itu di laman Twitter, pagi ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan demikian sebagai mengulas tajuk utama Harakahdaily semalam mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.
Katanya, PAS akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah tersebut atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pernimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak kepada isu kedudukan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah negara.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi menyatakan kesediaan untuk berdebat secara ilmiah dengan Pemuda Umno berhubung perkara itu. - Hrkh.
Tak payah kona-kona, memang Umno tak berani. Dari segi faktanya memang betul apa yang Mat Sabu kata. Pasai tu la Umno melalui media 'si anjing Umno' langsung tak bagi peluang kepada mat Sabu untuk jawab spin media saban malam termasuk malam raya yang tak henti-henti belasah Mat Sabu.
Secara ilmiahnya, memang perjuangan golongan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan diiktiraf. Banyak buku-buku sejarah yang tulis dan iktiraf perjuangan golongan kiri macam PKMM, API dan AWAS dengan tokoh-tokoh macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Bostamam, Shamsiah Fakeh.
Masalahnya depa-depa ni cuma diiktiraf dari segi ilmiah saja. Tapi dari semangat menyambut kemerdekaan, nama-nama depa ni tenggelam langsung. Yang timbul cuma tokoh-tokoh pengasas Umno macam Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman dal lain-lain.
Umno cuma ditubuhkan tahun 1946 tu pun dengan selogan "Hidup Melayu", bila semangat nak merdeka begitu meluap-luap hasil perjuangan 'golongan kiri' Umno pun terpaksa terima selogan "MERDEKA", tu pun selepas dapat lampu hijau dari British. Sebelum tu puak-puak pemimpin Umno ni la yang perli orang yang nak merdeka dengan kata "Nak buat jarum pun tak reti, ada hati nak merdeka..."
Mana boleh Umno nak terang-terang iktiraf tokoh 'golongan kiri' tu sebagai pejuang kemerdekaan pasainya hampir kesemuanya ditangkap dan ditahan. Bukan setakat masa British depa-depa ni kena buru dan yang dapat ditangkap dipenjara, bila merdeka pun depa-depa ni ramai yang kena sumbat dalam tahanan.
Sifir mudahnya, kalau depa iktiraf 'golongan kiri' tu sebagai pejuang bangsa, tentu la puak-puak yang tangkap depa-depa ni patut digelar 'pengkhianat bangsa".
Memang masak la kalau Umno BN berani sambut cabaran PAS ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis