Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datuk Dr Alwi AbdulWalaupun baju kalis peluru tak menjamin orang yang pakai dari kena tembakan tapi sekurang-kurangnya risiko cedera parah atau mati kena tembak tu berkurang sikit.
Rahman.Beliau berkata peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.
"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Subang, hari ini.
Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lalu akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu. - Mkini.
Dan aku sangat-sangat sokong rombongan misi macam tu terutama sekali di kawasan yang berisiko tinggi diwajibkan pakai jeket keselamatan. Taktau la pulak kalau Azeeez Ketua Putera dan Umno anggap Somalia tak berbahaya, malah anggap masjid kat Malaysia lebih merbahaya.
Kalau tak percaya tengok gambar-gambar kat bawah ni yang aku cilok dari blog Edyesdotcom.
Gambar arwah beberapa jam sebelum terkorban. Tanpa vest kalis peluru !
Ketika menjalankan tugas, juga tidak mengenakan vest kalis peluru.
Lihat bagaimana petugas wartawan luar negara yang mengutamakan keselamatan, mengenakan helmet dan baju kalis peluru
Rupa-rupanya baju kalis peluru hanya terdapat dari kalangan 'pembesar negara'? Gambar diambil dari sebuah Masjid di kawasan bergolak Baitulmaqdis.
Lagi gambar lebih jelas, sekumpulan manusia yang ditugaskan menabur fitnah bersumpah, diberikan satu set baju kalis peluru untuk setiap seorang.
Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam: Aku harap takdak yang BANGANG kata aksi kat dalam masjid kat atas ni takdak kaitan dengan Umno.