Siapa paling layak ganti Ust Azizan sebagai MB Kedah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 02, 2011

Siapa paling layak ganti Ust Azizan sebagai MB Kedah

mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Kepimpinan PAS sedang berusaha untuk menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kesihatannya kurang baik ekoran serangan sakit jantung bulan lalu.

Difahamkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dijangka menghadap Sultan Kedah berhubung dengan peralihan kuasa itu.

Sebelum itu, Hadi dijangka menemui para pemimpin negeri di Alor Setar mengenai perkara tersebut pada hujung minggu.

Walaupun wujud desakan dari kepimpinan pusat PAS, Azizan menentang cubaan tersebut malah menegaskan beliau sihat untuk meneruskan tugas-tugasnya. - mStar.
Kalau betul, menarik jugak. Pasainya selain dari Ustaz Azizan, takdak dikalangan pimpinan yang kanan di Kedah yang berpendidikan agama atau yang boleh dikategorikan sebagai ulama'.

Takkan kut nak dilantik dari kalangan pemimpin yang bukan Exco. Nak buat pilihan tak boleh raya kecil peringkat Dun pun dah boleh pasai dah tamat tempoh.  (Aku yakin ada yang kecewa...)

Maknanya, kalau nak dilantik pengganti nak kena dilantik di kalangan Ecxo PAS yang ada yang tentunya juga dari kalangan pimpinan kanan PAS Kedah.

Antara yang kanan adalah Ir. Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Ir. Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Hj Taulan Rasul (Tokai). Lain-lain Exco Kedah adalah Aishah Ghazali (Merbau Pulas); Dr Hamdan Khalib (Tanjung Dawai); Dr Ismail Salleh (Alor Mengkudu) dan Abdullah Jusoh (Pantai Merdeka).

Maknanya hampir pasti kali ni PAS akan lantik dari kalangan 'profesional' dan bukan dari golongan ulama' sebagai Menteri Besar. Satu perkembangan yang cukup menarik dan satu lembaran baru sejarah PAS sebenarnya.

Apa pun, kalau tanya aku, aku masih harap Ustaz Azizan terus jadi MB Kedah sekurang-kurangnya sampai Dun dibubarkan untuk pilihanraya umum akan datang. Walaupun ada cakap-cakap yang aku kurang puas hati dengan Ustaz Azizan, tapi kerajaan PR Kedah masih memerlukan ketegasan Ustaz Azizan untuk pastikan PAS dan PR Kedah bergerak sebagai satu pasukan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...