Nasib baik Mat Sabu tak jadi bangang ikut nasihat Karpal Singh | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 02, 2011

Nasib baik Mat Sabu tak jadi bangang ikut nasihat Karpal Singh

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong kerana perkara itu hanya putarbelit akhbar Umno, Utusan Malaysia.
 
Bercakap ketika dihubungi Harakahdaily hari ini beliau sebaliknya berkata akan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah mengumumkan untuk memanggilnya untuk disoal siasat.
 
"Pasal apa saya nak mintak maaf, biarlah polis siasat," katanya merujuk kenyataan pihak polis yang mahu menyiasatnya di bawah Seksyen 505 B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.

Sementara itu Mohamad juga memberitahu beliau telahpun dihubungi pihak polis berhubung siasatan yang akan dijalankan terhadapnya. - Hrkh.    
Pendirian yang tegas, jelas tan terang, memang sesuai sebagai Timbalan Presiden PAS.

Dari segi politiknya memang Mat Sabu tersilap pasai timbulkan isu ni masa ni. Isu ni memang tak menguntungkan PAS. Malah Umno BN memang patut berterima kasih kepada Mat Sabu pasai timbulkan isu ni.

Benda macam ni memang Umno BN tunggu sangat dan terbukti dah berapa malam TV tak habih-habih lagi meratib pasai isu ni. Boleh la buat sementara waktu tenggelamkan segala kebobrokan Umno BN dan semua fraksi 'si anjing Umno'.

Isu ni tentu punya akan jadi antara senjata utama yang Umno BN akan guna masa PRU13 dan isu ni memang akan bagi kesan kepada undi Pakatan Rakyat. Pasai tu la Karpal Singh pun manpak susah hati dengan isu ni.

Sebelum ni Malaysiakini melaporkan:
Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh. - Mkini.  
Pemimpin Umno cukup seronok bila Karpal Singh buat kenyataan macam tu, bertambah lagi peluru depa untuk belasah Mat Sabu dan PAS. Dan aku yakin depa sangat-sangat berharap Mat Sabu ikut nasihat Karpal tu ataupun dari sudut lain 'tunduk kepada arahan DAP'.

Nasib baik la Mat Sabu tak jadi bangang ikut nasihat Karpal Singh tu. Kalau tidak, memang Umno raya sakan, depa dapat bukti kukuh mengiyakan teori lahanat depa yang kata PAS adalah balachi DAP dan PAS wala' kepada DAP.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...