Celaka mana punya kerja reka cerita Ust Azizan akan diganti? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 02, 2011

Celaka mana punya kerja reka cerita Ust Azizan akan diganti?

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA TERENGGANU, 2 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletakkan jawatannya.
 
Menurut beliau, tada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya.

"Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar. Namun buat masa ini beliau masih berehat disebabkan masih dalam rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat meminta Datuk Seri Azizan meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar. - Hrkh.
Kenyataan yang sangat-sangat jelas dan terang.

Harakahdaily juga melaporkan:
KUALA LUMPUR, 2 Sept: Para pemimpin PAS hari ini menyangkal laporan akhbar milik MCA, The Star hari ini yang melaporkan parti sedang mengorak langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata mereka langsung tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut, malah perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di dalam mana-mana mesyuarat. - Hrkh.
Yang aku mushkilnya, macamana berita ni boleh timbul. Takkan kut wartawan mStar yang mula-mula buat laporan pasai ni, saja-saja suka-suka reka berita tu. Walaupun kemungkinan tu tetap ada, tapi pada aku hampir mustahil.

Aku yakin mStar dapat maklumat dari sumber yang depa percaya dan aku yakin sumbar tu dari kalangan pimpinan PAS sendiri. Masalahnya siapa yang jadi sumber maklumat tu.

Masa hangat pemilihan PAS baru-baru ni memang ada timbul desakan yang agak kuat tapi desakan tu supaya ganti Pesuruhjaya bukannya ganti Menteri Besar. Dan desakan tu memang dah reda bila Ust Azizan buat rombakan kabinet Perhubungan PAS Kedah.

Aku harap PAS Kedah siasat betul-betul isu ni pasainya aku yakin isu mainan 'gunting dalam lipatan' yang takdak lain tujuan melainkan nak menghuruharakan PAS kedah dan juga kerajaan negeri Kedah.

Ataupun, mungkinkah apa yang mStar laporkan tu memang betul???

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...