KUALA TERENGGANU, 1 Sept — PAS menyasarkan untuk menang 60 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.Kalau tengok kepada realiti politik sekarang, aku nampak macam Ust Hadi bermimpi di siang hari kalau berangan nak menang 60 kerusi. Kalau setakat angka 60 tu cuma sebagai target untuk bagi semangat kepada jentera memang patut, tapi kalau berangan nak menang 60 kerusi, jangan mimpi la.
“Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen,” kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Kompleks PAS Kuala Terengganu.
Pada 2008, PAS bertanding di 66 kerusi dan menang 23 kawasan.
PAS menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) tiga tahun yang lalu.
Pada pilihan raya umum ke-13, Hadi berkata, PAS menyasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang. - TMI.
Macam masa PRU tahun 2004 dulu, lepas Umno BN menang tipis dan kalah di Terengganu, depa punya buat kerja dan hasilnya PRU2004 Umno BN menang besar, Terengganu depa rampas balik dan Kelantan pun nyaris-nyaris tumbang.
Sama jugak la bila menang sangat-sangat tipis masa PRU2008 termasuk tumbang di Kelantan, Penang, Selangor, Kedah dan Perak, Umno buat ketja tak tunggu pilihanraya dan hasilnya Perak tumbang dan nasib baik Kedah dan Selangor tak tumbang sama.
Untuk PRU13 ni, Umno BN tentu punya buat kerja untuk pastikan tempat-tempat yang depa kalah dulu depa rampas balik. Kelantan dan Penang mungkin Umno BN tak mampu nak rampas tapi Selangor dan Kedah tentu punya depa pulun untuk rampas semula.
Terutama sekali Selangor, Umno BN akan buat apa saja untuk rampas balik pasai di situlah lubuk duit untuk Malaysia.
Kita sebelum ni didedahkan dengan bermacam-macam penyelewengan yang ada dalam Daftar Pemilih. Setakat ni belum nampak tindakan dari SPR yang boleh dipercayai untuk betul-betul membersihkan Daftar Pemilih. Selagi daftar pemilih tak benar-benar bersih, memang payah la nak menang banyak tu.
Kecuali la kalau tiba-tiba SPR dan Putrajaya jadi BANGANG dan tunaikan semua tuntutan BERSIH 2.0. Kalau semua tuntutan BERSIH 2.0 ditunaikan, menang tak mustahil PAS boleh menang kerusi banyak tu, malah kalau menang lebih dari tu pun tak mustahil.
Apa pun, aku harap jentera pilihanraya PAS ambil target yang TG Presiden bentangkan tu sebagai cabaran untuk tingkatkan lagi gerakerja ke arah untuk menambah undi kepada calon PAS. Harap-harap target tu tak jadi angan-angan Mat Jenin lepas PRU13 nanti.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis