Mungkin dah sampai masa bendera Jalur Gemilang ditukar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 05, 2011

Mungkin dah sampai masa bendera Jalur Gemilang ditukar

UmmiAnni tulis dalam blog dia:  
Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap.
   
Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat
 
"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia. - UmmiAnni.

Bila fikir-fikir, tak logik la ada yang sampai hati tembak rombongan orang yang sampaikan bantuan. Takkan kut pasai tak dapat makan bubur lambuk Pemuda Umno ada yang sanggup tembak rombongan yang bagi bantuan tu.

Kalau betul konvoi tu ditembak sebab terkeliru bendera Malaysia depa nampak macam bendera Amerika, memang patut sangat kerajaan Malaysia fikir keperluan untuk tukar bendera. Takdak salah pun tukar bendera dan memang banyak neraga yang pernah tukar bendera.

Aku sangat-sangat yakin, kalau dibuat pungutan suara, hampir semua rakyat Malaysia akan setuju bendera Malaysia yang nampak macam bendera Amerika tu diganti.

Kalau PR rampas Putrajaya lepas PRU13 nanti, antara langkah awal yang PR kena buat, ganti bendera Malaysia, selain dari tulis semula sejarah kemerdekaan Malaysia.

Aku ingat lagi masa dulu pernah sekali PAS Parit Buntar buat demo kat masjid Daerah Parit Buntar, bantah Amerika serang Iraq, ada gimmik bakar bendera Amerika. Aku tanya member yang bawa bendera tu, nama dia dapat.

"Puas cari rata kedai takdak yang jual bendera Amerika, nak mudah kerja, aku beli bendera Malaysia lepas tu suruh bini aku oter, buang lambang bulan bintang lepas tu pelekat lambang bintang berterabur. Padan muka..."

Apa pun, salam takziah untuk keluarga Allahyarham Noramfaizul. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama ruh orang soleh.

Berkaitan



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...