Kalau aku masuk DAP menarik jugak aku rasa tapi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 05, 2011

Kalau aku masuk DAP menarik jugak aku rasa tapi...

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 5 Sept — DAP sedang aktif mempelawa beberapa blogger kalangan orang Melayu untuk menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu, kata pemimpin pusatnya Loke Siew Fook.
Difahamkan pengumuman kemasukan mereka, dilihat sebagai perkembangan terbaru di sebalik peredaran landskap politik semasa, dijangka diumumkan secara rasmi dalam waktu terdekat, kemungkinan bulan ini.

“Memang kita aktif mempelawa beberapa blogger kalangan masyarakat Melayu... tetapi masih dalam perbincangan, kita hanya dapat membuat pengumuman selepas cuti sambutan hari raya,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah kepada The Malaysian Insider ketika ditemui baru-baru ini.

Tanpa memberi butiran lanjut Loke, ketua Pemuda Sosialis DAP berkata, “kita sedang berbincang dengan beberapa individu, memang ada mendampingi mereka untuk menyertai DAP.”

“Sudah ada perbincangan awal dan mereka juga sudah menunjukkan perkembangan positif untuk menyertai DAP. Kami berharap kemasukan mereka akan memberi semangat untuk lebih ramai menyertai DAP,” katanya lagi.

Loke berkata ia sebahagian daripada pendekatan parti itu untuk membawa masuk pemimpin-pemimpin kalangan kaum Melayu dan Bumiputera menyertai DAP.

“Usaha ini dilakukan secara aktif, khususnya selepas pilihan raya umum 2008,” kata Loke sambil menambah, perundingan itu yang bertujan menarik pemimpin pelbagai lapisan dalam masyarakat Melayu untuk menganggotai parti itu. - TMI.  
Kalau aku masuk DAP menarik jugak aku rasa. Tambah-tambah DAP kat Parit Buntar ni memang tak kuat langsung, ada ka dak sebelum ni pun aku pun taktau, cuma baru-baru ni ja ada dengar DAP tubuh cawangan baru kat Pekan Parit Buntar. Sebelum ni yang ada pun cuma kat Kuala Kurau kut, tapi lepas Tan Ah Ann mati, DAP Kuala Kurau langsung tak berbunyi dah.

Jadinya kalau aku masuk DAP kalau takat Timbalan Pengerusi belah Parit Buntar ni senang-senang aku boleh dapat. Kalau aku muda lagi, jawatan Ketua pemuda tentu dapat kat aku punya. Bukan setakat kat Parit Buntar, kat negeri pun aku rasa aku boleh dapat jawatan. Paling kurang pun bawah sikit dari MSK, tu pun kalau MSK kemaruk jawatan.

Untuk jadi calon, mungkin payah la sikit, pasai kerusi kat Parit Buntar ni dah ada tuan. Takkan PAS nak serahkan kerusi Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong. PKR pun macam tu, takkan nak lepaskan kerusi Dun Kuala Kurau yang hampir gerenti dalam tangan. Kut nak boleh pun kalau SPR ujudkan lagi satu Dun di belah Bangan Tiang tapi aku rasa payah la dalam masa terdekat ni, pasai Umno BN takdak majorti 2/3 dalam dewan.

Tapi, tak jadi YB pun, kalau PR menang Perak masa PRU13 nanti, kalau takat Ahli Majlis tentu dalam tangan punya. Silap-silap boleh dapat jadi ALP mana-mana GLC. Kalau dah pegang jawatan kat peringkat negeri takkan tak layak jadi ALP mana-mana GLC milik kerajaan negeri. Paling kurang pun boleh usung tender balak.

Tapi, bila fikir-fikir balik tak payah masuk DAP, dalam PAS pun aku boleh dapat semua tu kalau aku nak. Cuma kena buat kerja lebih sikit ja. Dalam PAS ni bukannya payah sangat kalau nak jawatan. Buat kerja bagi nampak dahsyat sikit, penampilan bagi nampak 'islamik' sikit dan yang paling penting ceramah kena berapi belasah Umno, tentu dapat jawatan punya.

Tambah-tambah kat Parit Buntar ni, PAS pun bukan ada pemimpin sangat. Buat 'smart' lebih sikit tentu dapat punya. Kalau kena caranya tak payah melobi, jawatan tu nanti akan 'mai' sendiri, kalau nasib baik orang mai kerumun ke rumah pujuk jadi calon.

Tapinya, aku memang dari awal takmau semua tu, langsung tak berminat. Tak sesuai dengan jiwa pun sepasai jugak. Pasai tu la aku memang dari awai, bab penampilan 'islamik' memang sengaja bagi fail, kupiah pun jarang-jarang sangat lekat kat atas kepala. Berceramah lagi la aku tak minat, jadi pengerusi majlis pun aku takmau. Padahal bukan susah pun takat nak jadi pengerusi majlis, kalau nak ketaq pun masa mula-mula ja, lama-lama tentu ok. Nak ceramah pun bukannya susah sangat, maki Umno lebih kurang bagi berapi sikit lepas tu selit sikit ayat Quran, kira A la... Tapi masalahnya aku memang tak minat, takmau langsung-langsung.

Cumanya tang buat kerja ja aku pulun sikit, sikit ja pun... Kalau buat kerja pun takmau baik tak payak masuk PAS. Tambah-tambah yang melibatkan data dan angka, memang aku minat. Tambah pulak kat Parit Buntar ni tak ramai yang minat dan mampu main dengan data dan angka ni, tak payah melobi pun, sua kepala ja depa pulak hempuk atas kepala aku. Hahaha...

Lagi pun, untuk apa aku masuk DAP, tambah-tambah kat belah Parit Buntar ni, DAP tak memerlukan sokongan orang melayu, malah kalau DAP takdak kat Parit Buntar pun takpa, DHPP memang boleh cover kalau digerakkan betul-betul.

Sebab yang paling penting pasai apa aku TAK BOLEH masuk DAP, pasai DAP takdak yang macam Fasal 5 Perlembagaan PAS. Berjaya atau tak Fasal 5 tu direalisasikan perkara kedua, yang pentingnya aku terlibat sama berusaha nak merealisasikan Fasal 5 tu.

Kecuali la kalau masa depan, PAS bukan setakat berjaya ganti Umno tapi jadi sebijik macam Umno. Takdir masa depan sapa tau, mungkin sanpai tahap berulang balik jadi macam zaman darurat dulu. Cumanya masa tu aku tak rasa aku sanggup masuk hutan angkat senjata dan bergabung dengan yang macam komunis dulu dan dilabel sebagai pengganas, pasai aku ni jenis penakut. Nak jadi gerila apanya, masa demonstrasi Bersih 2.0 hari tu pun duduk kat belah belakang-belakang.  Hahaha...

Nota kaki makan cekam:  Jangan pulak ada yang tertanya-tanya nama aku masuk dalam senarai tu... dan harap-harap jangan la ada orang DAP yang BANGANG mai cari aku lepas ni... hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...