Mahathir kata secara teknikalnya Tunku BANGANG? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 12, 2011

Mahathir kata secara teknikalnya Tunku BANGANG?

Malaysiakini melaporkan:
Hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Justeru, Mahathir bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

mahathir pc 260608 01"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.

"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah.

"Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Perdana di Serdang hari ini. - Mkini.
Memang hebat 'jejaka paling polular' ni. Hasi dia punya 'omar' habih satu negara huru-hara.

Kalau dulu tak berapa kerat yang pernah dengar nama Mat Indera tapi sekarang ni semua kenal sapa Mat Indera, bab nak setuju Mat Indera tu penganas atau tak cerita lain tapi kalau ditanya sapa mat Indera, budak-budak tadika pun boleh jawab.

Hasip penangan Mat Sabu ni memang Umno BN porak peranda. Depa pun pening, kadang kadang depa punya cakap nampak macam depa rasa macam untung tapi kadang-kadang nampak macam depa pun serabut kepala.

Sampai tahap yang bertaraf profesor pun melatah sama, sampai tahap terkeluar 'dapatan' baru sejarah yang British sebenarnya tak pernah jajah Tanah Melayu.

Dr. Mahathir pun nak tumpang sama komen sampai tergeliat lidah. Dia pun nampak pening nak terangkan macamana yang kata Malaya tak pernah dijajah.

Mungkin Dr. Mahathir kena terangkan lebih lanjut lagi, dari segi teknikalnya macamana Malaya tu ujud. Pasainya sebelum British mai Tanah Melayu, mana ada Malaya tapi yang ada cuma negeri-negeri melayu dengan sultan masing-masing.

Dan antara yang penting jugak Dr. Mahathir perlu jugak bagitau, secara teknikalnya Tunku Abdul Rahman tu BANGANG ka dak pasai pi mintak kemerdekaan dari British?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...