KUALA LUMPUR, 5 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas tindakan pembangkang dan segelintir pihak yang bersifat tidak berperikemanusiaan sehinggakan tragedi di Somalia dijadikan sebagai bahan politik.Aku takmau la nak pertikaikan bab ikhlas atau tak orang yang pi jadi sukarelawan tu terutama sekali para doktor, tapi niat Azeez 1Putera Umno tu menang sangat-sangat jelas nampak tak ikhlas.
Katanya, sebagai manusia yang prihatin dengan kemelaratan di peringkat antarabangsa, sewajarnya bukan hanya perbezaan budaya, agama dan warna kulit diketepikan malahan idealogi politik juga mesti dikesampingkan.
“Malangnya ia dijadikan sebagai bahan manipulasi oleh pembangkang sedangkan niat yang dilaksanakana oleh Kelab Putera 1Malaysia adalah sesuatu yang ikhlas atas rasa tanggungjawab kepada bencana yang melanda masyarakat global,” katanya kepada UMNO-Online di sini. - Umno-Online.
Wartawan TV3 yang cedera dalam trajedi tu langsung tak patah semangat walaupun tercedera kena tembak dan dia tengok sendiri kawan yang duduk sebelah dia kena tembak terlentok atas bahu dia, tiba-tiba Azeeez yang tah ada kat mana masa tu pulak yang trauma lebih-lebih sampai nak jawab soalan wartawan pun tak boleh.
Kalau betul ikhlas semata-mata "atas rasa tanggungjawab kepada bencana yang melanda masyarakat global" apa perlu bawak wartawan media ramai-ramai sampai "menyebabkan kami terpaksa berhempit himpit dan dalam keadaan yang tidak selesa". Yang lebih mengarut lagi siap bawak blogger sekali.
Kalau setakat bawak sorang dua wartawan kita ok la jugak lagi, ni siap bawak blogger CELAKE macam PapaGomo tu apa kejadahnya. Takkan nak suruh PapaGomo maki orang Somalia pulak kut?
Apa pun, memang tepat sangat la macam yang Kit Siang kata, memang 'cheap publicity stunt'.
Menarik jugak baca apa yang Lim Kit Siang ulas pasai trajedi ni. Cumanya aku mushkil sikit bila Kit Siang tutup ulasan dia dengan:
Al-Fatihah to Noramfaizul Mohd Nor’s family. Let’s hope Bernama and Utusan don’t spin his untimely and unnecessary death into a “mati syahid” affair. - LKS.Dalam banyak-banyak laporan pasai trajedi yang menimpa Noramfaizul, aku cukup tertarik dengan komen ManjungMari dengan gambar kat bawah ni.
Nak kena baca apa yang ManjongMari tulis baru boleh faham apa yang tak berapa nak kena dengan 2 gambar tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis