KUALA LUMPUR 6 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.Kalau tengok tajuk laporan berita tu memang gah. "SPR sediakan pendaftaran pemilih secara online hari ini".
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
"Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.
Menurutnya, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.
Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500. - Bernama
Harap tajuk ja la hebat tapi apa kejadahnya pendaftaran secara online kalau kena "menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR".
Kalau setakat boleh download borang online tu orang tak panggil daftar secara online.
Apa pun, aku sangat-sangat hargai kemudahan terbaru ni. Bukan apa, senang la sikit kerja Penolong Pendaftar untuk parti politik terutama macam PAS Parit Buntar. Tak payah lagi la susah-susah nak kena turun Ipoh nak ambik borang. Paling-paling pun pi balik dekat 2 jam jugak la, tu tak masuk lagi nak kena bayar tol dan isi tangki minyak. Komisyen yaang SPR bayar tu memang tak lepas.
Jadinya bila dah boleh download borang online ni senang la sikit. Bila boleh download maknanya boleh di photostate, maknanya sapa-sapa pun boleh senang-senang jadi 'Pembantu Penolong Pendaftar Pemilih'.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis