Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan memohon untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.Macam-macam la songeh Najib Rosmah kali bini ni.
Peguam mereka, Hisyam Teh Poh Teik, berkata beliau akan mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.
Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bharian
Mula-mula macam berani, siap pi ke mahkamah tapi rupa-rupanya penakut. Belum kena soal lagi dah takut siap bagi syarat lagi. Bila orang ikut syarat tu dan sapina dikeluarkan lain pulak songeh depa berdua ni.
Yang aku herannya, awat la depa ni penakut sangat. Takkan kut depa tak percaya dengan kewibawaan hakim tu. Takkan berani hakim tu nak malukan Najib dan Rosmah. Tak logik la hakim 1Malaysia berani nak malukan Perdana Menteri dan Wanita Pertama 1 Malaysia.
Tapi kalau nak dibandingkan dengan Dr. Mahathir masa dia jadi PM dulu lagi teruk. Siap mintak soalan bocor. Tapi dah dapat soalan bocor pun tak berani jadi saksi jugak.
Kiranya Najib ni betul-betul menjiwai selogan yang pernah Dr. Mahathir popularkan satu masa dulu "Kepimpinan Melalui Teladan".
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis